Perodua Myvi Active muncul sebagai lakaran imaginasi – diilhamkan mengikut Toyota Prius c

Perodua Myvi Active muncul sebagai lakaran imaginasi – diilhamkan mengikut Toyota Prius c

Cuba bayangkan apa yang terjadi sekiranya Perodua Myvi mengambil sedikit ilham penggayaan daripada model facelift terkini Toyota Prius c? Kini lakaran imagiasi digitalnya telah pun disebarkan.

Digambarkan sebagai ‘Myvi Active’ oleh perekanya, model “edisi istimewa” bagi Myvi generasi kedua ini banyak menampilkan elemen yang mirip dengan Prius C varian Crossover. Ini termasuklah lampu utama, bampar, skirt sisi, gerbang roda dan rel bumbung baharu.

Perodua Myvi Active muncul sebagai lakaran imaginasi – diilhamkan mengikut Toyota Prius c

Walau bagaimana pun gril atas sedikit kecil berbanding original, dengan kepingan melintang menggantikan gril bawah. Selain itu, lampu kabus telah ditiadakan dan lapisan plastik pada bahagian sisi memberikan gaya yang lebih ranggi untuk Myvi ini.

Myvi diperkenalkan buat pertama kalinya pada Mei 2005, dan baru-baru ini telah mencecah satu juta unit produksi. Buat masa kini, belum ada sebarang pengumuman rasmi bilakan ada model pengganti bagi Myvi akan diperkenalkan, atau pun ia akan meneruskan legasinya mengikut model Daihatsu Boon/Toyota Passo.

GALERI: Toyota Prius c 2017

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Boboy on Jun 22, 2017 at 9:19 pm

    Ini perodua myvi active. Bukan perodua axia active. Tajuk silap

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Alson P on Jun 23, 2017 at 5:51 am

    Sememangnya sangat mengujakan.. Myvi crossover atau Myvi AWD.. Mengembalikan zaman kegemilangan kembara 4wd satu ketika dahulu..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  • mrjingga on Nov 08, 2017 at 9:56 am

    nampak buruk bhgn depan, klu myvi baru mengikut reka bentuk daihatsu boon akan nampak lebih menarik.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required