Honda Malaysia umum status penukaran inflator beg udara – 81.2% pemandu, 59.5% penumpang depan

Honda Malaysia umum status penukaran inflator beg udara – 81.2% pemandu, 59.5% penumpang depan

Honda Malaysia telah mengumumkan perkembangan status bagi program penukaran inflator beg udara Takata, mendedahkan setakat hari ini, telah selesai menukar beg udara bagi bahagian pemandu dan penumpang hadapan secara keseluruhannya sebanyak 70%.

Secara terperinci, 81.2% adalah bagi inflator beg udara tempat duduk pemandu dan 59.5% bagi bahagian penumpang hadapan. Kedua-dua angka tersebut menunjukkan peningkatan berbanding yang didedahkan oleh Honda Malaysia pada bulan Julai lalu (80.2% untuk pemandu dan 55.9% bagi penumpang hadapan).

Stok bagi inflator beg udara pemandu dan penumpang hadapan masih boleh didapati dan semua pemilik yang terlibat boleh menukarnya dengan kadar segera. Sebagai inisiatif, Honda Malaysia juga akan mengadakan aktiviti penukaran beg udara ini menerusi Hab Bergerak di pusat membeli-belah terpilih, setiap hujung minggu sepanjang bulan Ogos ini.

Honda Malaysia umum status penukaran inflator beg udara – 81.2% pemandu, 59.5% penumpang depan

Klik untuk besarkan

Malah pemilik kenderaan Honda yang terlibat juga boleh menukar inflator beg udara buatan Takata yang terjejas ini di stesen Petronas yang terpilih. Untuk mengetahui lokasi terbabit, anda boleh rujuk jadual di atas.

Untuk melakukan penukaran beg udara di pusat servis Honda bertauliah, anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu. Walau bagaimana pun, temujanji tidak diperlukan sekiranya anda memilih untuk menukarnya di Hab Bergerak atau stesen Petronas terpilih.

Jika anda ragu-ragu sama ada kenderaan Honda anda terlibat atau tidak dengan panggilan semula ini, anda boleh lawati laman web khas yang disediakan DI SINI, dan masukkkan nombor pengenalan kenderaan (VIN) atau dikenali juga sebagai nombor casis kereta anda. Anda juga boleh memeriksa status kereta anda atau untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan apa-apa juga tentang isu ini dengan menghubungi talian 1800-88-2020 atau kunjungi mana-mana pengedar sah Honda.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required