Mercedes-Benz Malaysia dan MBSA Automotive lancar Autohaus baharu bernilai RM1.2 juta di Melaka

Mercedes-Benz Malaysia dan MBSA Automotive lancar Autohaus baharu bernilai RM1.2 juta di Melaka

????????????????????????????????????

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan pengedarnya, MBSA Automotive telah melancarkan Mercedes-Benz MBSA Autohaus di Melaka. Dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1.2 juta, fasiliti berkenaan merupakan Autohaus sementara di bina diatas tapak berkeluasan 10,142 kaki persegi, dan beroperasi dengan 48 orang kaki tangan, terletak di No 1, 3, 5, Jalan KSB 16 Taman Kota Syahbandar, 75200 Melaka.

Secara keseluruhan, bilik pameran bangunan berkenaan mampu mempamerkan sebanyak sembilan buah model pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan tapak acara dan juga lounge khas untuk pelanggan. MBSA turut menyediakan akses kepada servis pembiayaan kenderaan yang disediakan oleh Mercedes-Benz Services Malaysia serta ruang jualan aksesori dan juga barangan Mercedes-Benz asli.

Seperti juga kebanyakkan fasiliti Autohaus Mercedes-Benz lain di Malaysia, Mercedes-Benz MBSA Melaka ini menampilkan imej Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II) bagi mematuhi identiti korporat terbaharu jenama premium dari Jerman berkenaan.

Mercedes-Benz Malaysia dan MBSA Automotive lancar Autohaus baharu bernilai RM1.2 juta di Melaka

????????????????????????????????????

“Pelancaran Mercedes-Benz MBSA Autohaus ini merupakan bukti kejayaan kerjasama antara MBSA Automotive dan Mercedes-Benz Malaysia, dan ia juga merupakan komitmen kepada pelanggan kami untuk terus memperkasakan titik sentuhan kami di bahagian ini,” kata Claus Weidner, presiden dan CEO MBM.

“Dengan jumlah keseluruhan RM45 juta yang dilaburkan di bahagian selatan, kami mempunyai lima Autohaus yang didedikasikan untuk menyediakan pengalaman dan servis lain dari yang lain kepada pelanggan. Kami akan terus menggembirakan dan memuaskan hati pelanggan dengan servis kami yang sentiasa berkembang dan kualiti berstandard tinggi yang sering dikaitkan dengan jenama Mercedes-Benz,” tambahnya lagi.

“Sebagai satu-satunya pengedar premium Mercedes-Benz di Melaka, kami gembira untuk memberikan pengalaman premium yang eksklusif kepada pelanggan kami di sini. Melaka merupakan kawasan yang sempurna untuk kami kerana kami menggabungkan nilai-nilai sejarah Melaka dan warisan jenama Mercedes-Benz, menawarkan pengalaman jenama Mercedes-Benz kepada pelanggan bahagian selatan yang dihormati,” kata Phillip Beng, prinsipal pengedar di MBSA Automotive.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required