Minggu lalu, harga bahan api petrol dan diesel naik sekitar 4 hingga 6 sen seliter. Nampak gaya, corak kenaikan harga minyak ini akan diteruskan lagi bagi tempoh seminggu ke hadapan.

Bagi minggu kedua ini, dari 10 hingga 16 Ogos 2017, harga minyak petrol akan naik. RON 95 akan naik sebanyak 5 sen seliter menjadi RM2.12 untuk seliter. Sementara bagi RON 97, ia naik lebih tinggi, iaitu sebanyak 7 sen seliter, menjadikan harga barunya esok ialah RM2.39 seliter.

Bagi diesel pula, harga runcitnya naik paling sedikit, iaitu sebanyak 1 sen. Ini menjadikan diesel Euro 2 akan dijual pada harga RM2.06 seliter, manakala diesel Euro 5 pula dijual pada harga RM2.16 seliter. Semua harga ini akan berkuat kuasa tengah malam nanti sehingga Rabu, 16 Ogos.