Honda Malaysia buka pusat 3S terkini di Skudai, Johor

Honda Malaysia buka pusat 3S terkini di Skudai, Johor

Honda Malaysia bersama Wang Loo Motor merasmikan pusat 3S Honda di Skudai, Johor dalam usaha terbaru meluaskan rangkaian pengedar jenama itu di Malaysia. Dengan pusat 3S baru ini, Honda Malaysia mempunyai 17 pengedar sah dan empat pusat 4S di bahagian Selatan tanahair, dengan majoritinya di Johor.

“Bagi separuh pertama 2017, jualan keseluruhan di bahagian Selatan adalah lebih daripada 10,500 unit, yang mana Johor sahaja menyumbang 70% (7,300 unit) daripadanya. Jualan di bahagian Selatan ini pula menyumbang sebanyak 20% daripada jualan keseluruhan Honda Malaysia,” jelas Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Katsuto Hayashi.

“Kepuasan pelanggan paling penting buat Honda, dan kami telah memulakan pelan strategik untuk memastikan khidmat pelanggan diberi keutamaan dan respon dari mereka akan diambil maklum. Untuk itu, memberikan pengalaman jualan dan lepas jualan yang baik menjadi langkah penting,” tambah beliau.

Dibina dengan pelaburan sebanyak RM22 juta, pusat 3S Wang Loo Motor ini meliputi keluasan 73,979 kaki persegi, dan lengkapi dengan 18 ruang servis – tiga ruang servis kilat, 13 lagi ruang servis umum, satu untuk servis tayar dan satu lagi untuk servis pendingin hawa. Berkemampuan untuk mengendalikan 100 kenderaan sehari, pusat 3S ini dijangka akan menampung keperluan 26,000 kenderaan setiap tahun.

Selain itu, sebuah ruang pameran untuk menempatkan model-model baru Honda, serta ruang menunggu untuk pelanggan. Kemudahan lain yang ada termasuk kafe, perkhidmatan Wi-Fi, khidmat cuci kereta, sudut kanak-kanak dan surau.

Untuk membuat temujanji atau mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan pusat 3S terbaru ini, hubungi Wang Loo Motor (JB) Sdn Bhd ditalian 07-555 0033 atau kunjungi mereka di alamat No.1, Jalan Jaya 1, Taman Mutiara Rini, 81300, Skudai, Johor.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required