Minggu lalu, harga bahan api petrol dan diesel naik antara 1 sen hingga 7 sen seliter. Trend itu nampaknya diteruskan lagi minggu ini; bagi minggu keempat berturut-turut, harga bahan api petrol mencatatkan kenaikan secara keseluruhannya – kecuali diesel yang harganya turun.
Bagi minggu ketiga ini, dari 17 hingga 23 Ogos 2017, harga minyak petrol akan naik. RON 95 akan naik sebanyak 3 sen seliter menjadi RM2.15 untuk seliter. Sementara bagi RON 97, ia naik lebih tinggi, iaitu sebanyak 4 sen seliter, menjadikan harga barunya esok ialah RM2.43 seliter.
Bagi diesel pula, harga runcitnya turun sedikit sebanyak 2 sen. Ini menjadikan diesel Euro 2 akan dijual pada harga RM2.04 seliter, manakala diesel Euro 5 pula dijual pada harga RM2.14 seliter. Semua harga ini akan berkuat kuasa tengah malam nanti sehingga Rabu, 23 Ogos.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
Kenapa harga minyak di MALAYSIA naik…
Sedangkan harga minyak dunia menurun.
Adakah faktor nak jaga hati tokey station minyak yg asyik komplen rugi bila minyak turun, tapi hati rakyat langsung tak peduli….