Honda CB150R ExMotion dilancar di Thailand – RM13k

Honda CB150R ExMotion dilancar di Thailand – RM13k

A.P. Honda Thailand telah memperkenalkan sebuah motosikal naked baru, untuk pasaran negara itu, dan ia dikenali sebagai CB150R ExMotion. Harganya bermula pada 99,800 baht (RM12,847), dan menampilkan beberapa kelengkapan berprestasi seperti angkup brek radial empat piston dan cakera 296 mm di hadapan dan fork 41 mm USD.

Motosikal ini menggunakan enjin baru yang melepasi tahap Euro 6, dan ia adalah unit satu silinder empat injap DOHC 149 cc, dengan sistem suntikan PGM-Fi. Honda tidak mendedahkan sebarang jumlah kuasa untuk motosikal ini, tetapi ia dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan dan mempunyai berat keseluruhan 123 kg.

Honda juga menjanjikan kawalan yang mudah dan meyakinkan melalui motosikal ini, di mana ia terhasil daripada penggunaan kerangka Inner Pivot Type Diamond, lengan ayun aluminium ringan, pemegang yang tegar dan suspensi monoshock di belakang. Bahagian brek belakang motosikal ini juga menggunakan cakera 220 mm, dan ia dilengkapi dengan ABS two-channel.

Menambahkan lagi tarikan pada motosikal ini, terdapat lampu hadapan dan belakang LED, panel meter digital penuh dan panel badan yang bergaya. Empat warna yang disediakan pada CB150R Ex-Motion ini iaitu Pearl Cadet Gray, Millennium Red, Matt Laurel Green Metallic dan Asteroid Black Metallic.

Harga asas bagi motosikal ini adalah 99,800 baht (RM12,847), manakala model dengan ABS dijual pada harga 109,800 baht (RM14,134). Turut akan diperkenalkan adalah tiga model edisi terhad iaitu CB150R Street Cafe (500 unit) pada 135,200 baht (RM17,404), CB150R Scramble Cafe (1000 unit) pada 118,400 baht (RM15,241) dan CB150R edisi Moriwaki pada harga yang belum disiarkan. Turut ditawarkan adalah pelbagai aksesori untuk motosikal ini.



Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

 

Add a comment

required

required