Adakah motosikal dibenar guna lorong kecemasan?

Adakah motosikal dibenar guna lorong kecemasan?

Baru-baru ini tersebar dalam media sosial menunjukkan penunggang motosikal menggunakan lorong kecemasan, dan melepaskan kemarahan kepada kereta yang menggunakan lorong sama. Dalam bahagian komen, ramai yang menyokong, menyatakan kenderaan empat tayar tidak dibenarkan melalui lorong kecemasan, sementara motosikal pula diberikan kelonggaran.

Ini kerana motosikal tidak menggunakan keseluruhan lorong itu, tidak menjadi penyebab kepada kesesakan trafik di lebuh raya dan boleh memberi laluan secara pantas sekiranya terdapat kenderaan kecemasan yang mahu menggunakan lorong tersebut. Selain itu, penggunaan lorong kecemasan oleh penunggang motosikal juga dapat mengurangkan risiko bahaya antara penunggang dan pemandu kereta.

Walaupun begitu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman telah memberitahu mStar Online bahawa lorong kecemasan hanyalah untuk kegunaan pihak berkuasa di waktu kecemasan. “Mana-mana kenderaan termasuk motosikal tidak dibenarkan menggunakan lorong kecemasan,” kata beliau.

Adakah motosikal dibenar guna lorong kecemasan?

Menurut Wan Ahmad lagi, pengguna jalan raya yang didapati menggunakan lorong kecemasan boleh didakwa di mahkamah di bawah Akta JPJ 1987, di mana jika bersalah, boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Dalam laporan sebelum ini, yang memetik kenyataan daripada New Straits Times, ketua polis trafik Kuala Lumpur, ACP Nadzri Hussain turut memberitahu perkara yang sama, dengan merujuk kepada penunggang motosikal yang menyepak cermin sisi kereta yang melalui lorong kecemasan sebagai melakukan dua kesalahan, iaitu merosakkan kenderaan orang lain dan menggunakan lorong kecemasan.

Tetapi apa yang boleh dilihat sekarang, motosikal masih diberi kelonggaran untuk menggunakan lorong kecemasan demi memastikan keadaan trafik tidak bertambah teruk, termasuk di lebuh raya. Walaupun begitu, peraturannya adalah jelas, lorong kecemasan hanya untuk kegunaan pihak berkuasa sewaktu kecemasan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • RidernDriver on Sep 07, 2017 at 5:37 pm

    Kalau motor tak boleh guna e-lane. Maksudnya motor kapcai saya kene duk di tepi kiri sebelah dalam jalan tepi line putih. Sebagai rider kapcai dengan topspeed 90km/j saya rasa sangat risau kene langgar dan di himpit kereta atas highway yang rata2 kelajuan 100-240km/j. Dan saya tak mampu nak pulas minyak rapat sepanjang highway 50km dari rumah ke tempat kerja.

    Juga Sebagai pemandu kereta. Saya sangat tak seronok memandu atas highway dengan kelajuan 100-120km/j di lorong kiri bila terpaksa mengikut belakang motor yg perlahan dan banyak sebab nak motong pun kene tengok juga jalan clear ke tak.

    Yang paling penting boleh jamin ke keselamatan kapcai2 bila guna highway di lorong kereta tu?? Bahaya kut..walaupun ada motor yg langgar kereta lori rosak di lorong kecemasan. Saya rasa lagi banyak nanyi kemalangan motor kena himpit dan kene hentam dengan kereta, lori dan bas di lorong kereta. Sekian karangan saya.

    Like or Dislike: Thumb up 25 Thumb down 0
  • tolonglah jpj dan polis fikir…saya nyaris 2 nak kena langgar dengan lori sebab pakai jalan kiri bukan lorong kecemasan..dan saya bawa memang x laju ..sebab itu saya terus veralih ke lorong kecemasan dan alhamdulillah selamat sampai..biasanya lori dan bas akan ikut line kiri dan itu membahayakan penunggang motorsikal jika ikut laluan yg sama jadi mnta jpj dan polis gubal balik undang2 yg ni..benarkan motorsikal guna laluan kecemasan..klau ada bomba lalu pun..penunggan motorsikal still boleh beri laluan sebab kecik boleh selit

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required