PLUS mahu diambil alih oleh Maju Holdings, ia boleh meringankan beban yang ditanggung kerajaan – Nazri

PLUS mahu diambil alih oleh Maju Holdings, ia boleh meringankan beban yang ditanggung kerajaan – Nazri

Baru-baru ini, Maju Holdings Sdn Bhd menyuarakan hasrat untuk mengambil alih Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) melalui pembelian saham UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang dianggarkan bernilai RM36 bilion. Walau bagaimana pun, perkara ini turut ipertimbangkan kerana ia boleh mengurangkan beban kerajaan Persekutuan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Maju Holdings Tan Sri Abu Sahid Mohamad menyuarakan hasrat untuk membeli 51% saham UEM Group Bhd dan 49 peratus saham KWSP dalam PLUS Malaysia Bhd sekali gus mengambil alih lebuh raya utama negara itu selain beberapa lagi syarikat operator lebuh raya lain seperti Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE) dan Linkedua Malaysia Bhd (LINKEDUA).

Kedua-dua pemegang saham terbesar PLUS itu, dalam satu kenyataan bersama baru-baru ini, berkata pihak mereka dalam proses meneliti permohonan yang disampaikan Evercore Asia Ltd mewakili Maju Holdings.

Dalam masa yang sama Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata pihaknya tidak mempunyai keperluan untuk menjual saham kepentingan mereka kerana PLUS adalah antara penyumbang utama kepada pendapatan KWSP.

PLUS mahu diambil alih oleh Maju Holdings, ia boleh meringankan beban yang ditanggung kerajaan – Nazri

Hari ini, Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberikan maklumbalas mengenai perkara ini. Beliau berkata Kerajaan Persekutuan terpaksa menanggung pampasan kira-kira RM900 juta untuk mengelak kenaikan tol yang membebankan pengguna lebuh raya berkenaan berikutan perjanjian konsesi ketika pemimpin terdahulu, laporan Bernama.

“Setiap kali (anggota Kabinet) membangkitkan tentang tol, kita pecah kepala. Ini semua masa dia (Tun Dr Mahathir Mohamad) dahulu, kalau kita tak benarkan kenaikan tol oleh pihak konsesi, kerajaan Persekutuan kena bayar RM900 juta. Ini zaman dia yang menyebabkan kita hari ini susah.

“Kalau ada satu cadangan begini, saya sokong penuh kerana pertama sekali, RM900 juta itu tak perlu kita bayar. Bermakna hampir RM1 bilion kita boleh jimat dan bayar untuk kepentingan rakyat Malaysia yang umum,” katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, Mohamed Nazri berkata beliau akan cuba meyakinkan Kabinet bahawa pelepasan PLUS kepada Maju Holdings dapat meringankan beban kerajaan Persekutuan.

“Ini durian runtuh untuk kerajaan kerana tak perlu lagi tanggung beban hutang begitu besar. Saya mengalu-alukannya dan saya berharap KWSP dan Maju Holdings boleh berbincang hingga menjadikannya kenyataan,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required