Grab bekerjasama dengan Here untuk tambang, waktu tiba dan laluan dalam perjalanan yang lebih tepat

Grab bekerjasama dengan Here untuk tambang, waktu tiba dan laluan dalam perjalanan yang lebih tepat

Penyedia servis perkongsian kenderaan, Grab telah mengumumkan kerjasama lanjut dengan Here, untuk memberikan jangkaan tambang perjalanan, waktu tiba dan laluan yang lebih tepat. Melalui kerjasama ini, Grab akan menggunakan peta yang dibangunkan oleh Hare, yang juga servisnya akan disediakan di Malaysia, Indonesia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Peta ini juga akan menggunakan data semasa yang didapati daripada 1.3 juta pemandu Grab.

Here dimiliki oleh pengeluar kenderaan dari Jerman, iaitu Audi, BMW dan Mercedes-Benz, dan mereka berusaha untuk menghasilkan peta paling terkini untuk digunakan oleh pemanduan autonomous dan sistem bantuan kenderaan berhubung. Kenderaan Here True telah digunakan untuk memetakan jalan, dan hasilnya adalah HD Live Map, iaitu gambaran semula dunia fizikal secara 3D yang tepat sehingga dua sentimeter.

Selain peta, Here juga akan menyediakan kumpulan data tempat menarik (POI) yang dikumpul bersama oleh sektor awam dan syarikat yang terlibat seperti Samsung, Amazon dan Microsoft, serta juga data trafik semasa daripada kenderaan dan peranti yang berhubung dalam jaringan ini.

Grab bekerjasama dengan Here untuk tambang, waktu tiba dan laluan dalam perjalanan yang lebih tepat

Tulang belakang kepada kerjasama ini adalah Matrix API Here, yang membolehkan Grab memperbaiki cara pemandu ditugaskan kepada penumpang. Ciri Basic Routing API pula akan memberikan penumpang waktu tiba yang lebih dipercayai dan jangkaan tambang yang sepadan.

Grab memberitahu bahawa kerjasama perkongsian data ini akan membantu mengatasi cabaran operasi di negara yang sedang rancak membangun seperti Myanmar dan Filipina. Negara seperti ini juga tidak mempunyai sistem alamat yang tetap. Untuk itu, Here telah menyertai Grab, dalam misi selama dua tahun, 45,000 km untuk menghasilkan peta digital lengkap rangkaian jalan Filipina, dan ia hampir selesai.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required