AWAS catat sejumlah 251,193 saman sejak April lalu

AWAS catat sejumlah 251,193 saman sejak April lalu

Sejak dilaksanakan pada 15 April lalu, sehingga kini Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) telah mencatatkan sejumlah 251,193 saman iaitu dalam tempoh lima bulan pelaksanaannya.

Menurut Ketua Pengarah JPJ Datuk Shaharuddin Khalid, daripada jumlah tersebut, sebanyak 229,319 saman melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju, manakala 21,874 saman melibatkan kesalahan melanggar lampu isyarat, laporan Bernama.

Walau bagaimana pun, sehingga kini, hanya 29,957 saman individu dan 5,735 saman syarikat yang telah dijelaskan berjumlah RM5.3 juta berbanding RM37 juta yang sepatutnya dikutip.

“Sebenarnya kita tidak melihat kepada jumlah saman yang dibayar semata-mata, kita bertindak tegas bagi memastikan pemandu-pemandu mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. Kita letak kamera untuk mendidik mereka supaya tidak memandu melebihi had laju. Sebab itu beberapa meter sebelum kamera ada papan tanda ‘kamera di hadapan’ tetapi ramai tidak suka,” katanya pada pemberita.

Shaharudin berkata JPJ masih memberi tempoh kepada pesalah jalan raya terbabit untuk membayar saman mereka atau dikenakan tindakan mahkamah dalam tempoh tiga bulan selepas saman dikeluarkan.

Menurutnya lagi, JPJ memberikan diskaun sebanyak 50% daripada jumlah RM300 yang sepatutnya dibayar, namun jika pesalah masih tidak membayar dalam tempoh enam bulan, JPJ akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk mengambil tindakan mahkamah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required