Hyundai Ioniq Electric – hanya dipamer, belum dijual

Hyundai Ioniq Electric – hanya dipamer, belum dijual

Hyundai Ioniq Electric kini sedang dipamerkan di acara Pameran dan Persidangan Greentech dan Produk Eco Antarabangsa (IGEM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, ia bukan untuk dijual kepada umum lagi, kerana unit ini adalah unit panduan sebelah kiri yang dibawa untuk ujian lapangan di Malaysia.

Melalui berita tidak rasmi yang diterima, Greentech Malaysia, iaitu syarikat sama yang mengusahakan Tesla di Malaysia kini sedang meneroka kemungkinan untuk membawa Ioniq Electric ini dan mahu menawarkannya melalui program pajakan seperti Tesla. Walaubagaimanapun, masih belum ada kata putus berkenaan tahap kemajuan rancangan ini.

Ioniq Electric muncul buat kali pertama pada bulan Februari tahun lepas, dan ia adalah salah satu daripada tiga varian bagi model tersebut. Dua lagi adalah versi hibrid dan plug-in hybrid (PHEV). Versi hibrid tersebut sudah dilancarkan di Malaysia November tahun lepas pada harga RM110,828 tidak termasuk insurans, dan sekarang, untuk versi HEV Plus, ia dijual pada harga RM114,088.

Dari luar, Ioniq Electric ini kelihatan sama sahaja seperti versi hibrid, dengan bahagian muncung baru menggantikan tempat gril dan pada bahagian fender terdapat tempat mengecas tenaga elektriknya. Motor elektrik yang digunakan adalah berkuasa 88 kW (117 hp) dan datang daripada bateri 28 kWh buatan LG. Kelajuan maksimum model ini adalah 150 km/j dan boleh bergerak hingga 169 km dalam satu cas.

Secara standard, Ioniq Electric datang dengan lampu utama projector, lampu siang LED, rim 16 inci, sistem hiburan dan informasi dengan skrin sesentuh LCD dan tujuh beg udara. Seperti juga Ioniq Hybrid, model elektrik ini juga boleh didapati dalam dua trim, dengan trim yang lebih tinggi dikenali sebagai Q.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required