MAI dan Greentech meterai persefahaman perhalusi kerjasama kurangkan kesan karbon dari kenderaan

MAI dan Greentech meterai persefahaman perhalusi kerjasama kurangkan kesan karbon dari kenderaan

Institut Automotif Malaysia (MAI) dan Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkemas dan menggiatkan usaha-usaha mengurangkan kesan karbon dari aspek pengangkutan di negara ini.

Perjanjian itu ditandatangani ketika berlangsungnya pameran International Greentech and Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM 2017) di KLCC.

Perjanjian berkenaan merupakan lanjutan kepada usaha yang sedang berjalan di antara kedua-dua pihak, dengan GreenTeh mensasarkan peningkatan terhadap usaha-usaha yang menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik. Syarikat ini juga merupakan pemilik rangkaian ChargEV, yang kini mempunyai beberapa stesen pengecas yang sedang beroperasi.

Sementara itu, bagi MAI pula, matlamatnya adalah untuk menjadikan Malaysia hab bagi kenderaan cekap tenaga, ini termasuk sebagai pengeluar dan pengedar kenderaan EEV yang turut melibatkan kenderaan hibrid, elektrik dengan bateri serta kenderaan fuel cell.

“Disebalik pengkhususan berbeza antara GreenTech dan MAI, kami tetap mempunyai matlamat yang serupa. MoU ini menjadi contoh kerjasama serta mengurangkan pertindanan peranan yang membazirkan sumber sedia ada dalam usaha untuk mempergiat penembusan teknologi baru dalam eko-sistem kita,” jelas CEO MAI, Datuk Madani Sahari.

Dengan perkembangan ini, ia akan menyaksikan lebih banyak usaha antara kementerian berlangung, termasuk pertukaran maklumat dan kajiselidik, mempertingkatkan kesedaran orang ramai serta melaksanakan pensijilan pengilangan dan pengeluaran hijau bagi OEM dan vendor di negara ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required