Rampai Puteri Medical Centre beri hadiah tempat duduk kanak-kanak untuk bayi yang lahir Nov ini

Rampai Puteri Medical Centre beri hadiah tempat duduk kanak-kanak untuk bayi yang lahir Nov ini

Hospital yang dikhaskan untuk Ibu dan anak-anak, Rampai Puteri Medical Center (RPMC) bakal menjalankan kempen kesedaran Buckle Up, Baby! selama sebulan pada November ini. Menerusi kempen tersebut, hospital berkenaan bakal memberikan tempat duduk kanak-kanak secara percuma untuk bayi yang lahir bermula 1 November nanti.

Kempen ini dijalankan bersama Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan ia bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa bagi menggunakan tempat duduk keselamatan kanak-kanak, seawal perjalanan pertama dari Hospital pulang ke rumah. MIROS bakal membantu RPMC dari segi memberikan kepakaran teknikal mereka serta memberikan panduan bagaimana menggunakan tempat duduk keselamatan tersebut dengan betul.

Dengan ribuan kereta yang berada di atas jalan raya buat masa sekarang, kanak-kanak (dari bayi hingga berumur lima tahun) sentiasa terdedah dengan risiko sekiranya duduk di dalam kenderaan tanpa sokongan keselamatan yang sepatutnya. Kebanyakkan dari pengguna jalan raya masih lagi tidak menyedari bahawa tindakan mereka dengan melindungi kanak-kanak yang berada dipangkuan hanya dengan pelukan tangan ketika berlakunya kemalangan adalah tindakan berbahaya.

Rampai Puteri Medical Centre beri hadiah tempat duduk kanak-kanak untuk bayi yang lahir Nov ini

Statistik dari MIROS menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menggunakan kenderaan persendirian merupakan kumpulan pertama dan kedua tertinggi dari jumlah mangsa dikalangan kanak-kanak iaitu dalam kumpulan satu hingga empat tahun (43.8%) dan lima hingga sembilan tahun (30.2%). Jadi, penggunaan tempat duduk kanak-kanak ini boleh menyelamatkan nyawa.

Statistik berkenaan juga telah mendorong RPMC untuk berusaha mengubah persepsi masyarakat terhadap keselamatan kanak-kanak ketika di dalam kenderaan, justeru mengadakan kempen ini bagi menyedarkan orang ramai berkenaan perkara tersebut. Selain itu, kempen ini juga menggalakkan orang ramai agar bersikap lebih baik ketika di dalam kenderaan dan memastikan semua penumpang menggunakan tali pinggang keledar.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required