Perodua tawar bantuan bagi mangsa banjir di Pulau Pinang – diskaun sehingga 20% bagi alat ganti terpilih

Perodua tawar bantuan bagi mangsa banjir di Pulau Pinang – diskaun sehingga 20% bagi alat ganti terpilih

Perodua menawarkan bantuan bagi semua pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir besar yang sedang melanda Pulau Pinang. Bantuan tersebut merangkumi diskaun sehingga 20% bagi alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma bagi menentukan kos kerosakan bagi kenderaan yang terjejas.

“Pelanggan kami adalah paling penting bagi kami dan perkhidmatan tambah nilai ini diperuntukkan bagi membantu meringankan beban mereka yang terpaksa berhadapan dengan bencana alam ini,” ujar Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr. Zahari Husin.

Tambahnya lagi, “Sementara pusat servis kami di Pulau Pinang turut terjejas akibat banjir, para pelanggan kami dialu-alukan untuk ke cawangan kami di Juru, Prai dan Kulim bagi mendapatkan bantuan. Dalam masa yang sama, kami akan cuba sedaya upaya untuk beroperasi (bagi cawangan yang turut terjejas) seperti sedia kali secepat mungkin.”

Beliau turut menyarankan agar para pemilik kenderaan Perodua yang terlibat agar mendapatkan alat ganti tulen yang diiktiraf pengeluar, dan elak daripada memilih alat ganti tiruan kerana ia mungkin boleh menjejaskan prestasi kenderaan.

Alat ganti tersebut termasuklah peralatan elektronik, karpet, tempat duduk, kekemasan pintu dan gasket baikpulih enjin.

Bagi semua pelanggan Perodua yang terlibat, bolehlah menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan di talian bebas tol 1-800-88-5555 bagi bantuan menunda (tertakluk pada terma dan syarat).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required