Kerajaan negeri Selangor merancang untuk membeli kenderaan elektrik (EV) bagi kegunaan rasmi, sekaligus membantu mengurangkan pelepasan karbon dan memelihara alam sekitar, laporan The Malaymail.

Bagaimanapun, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri yang turut bertanggungjawab dalam pelancongan, persekitaran, teknologi hijau dan hal ehwal pengguna, Elizabeth Wong, berkata, buat masa ini tiada penetapan masa bagi penggantian kenderaan rasmi sedia ada.

“Buat setakat ini, belum tiba masanya untuk mendapatkan kenderaan rasmi baharu,” ucap Wong dalam Dewangan Undangan Negeri seperti mana yang terdahulu dilaporkan oleh Malaysiakini.

Beliau turut berkata Selangor akan meneruskan pelan tindakan teknologi hijau antara tahun 2016 dan 2018, di mana ia termasuk dengan pemasangan stesen pengecasan bagi EV.

Malaysiakini turut melaporkan kali terakhir kerajaan Selangor menukar kenderaan rasmi adalah pada tahun 2008, iaitu memilih Toyota Camry bagi kegunaan 10 ahli exco negeri.