KTM 790 Adventure Concept – fokus kepada prestasi

KTM 790 Adventure Concept – fokus kepada prestasi

Semasa EICMA 2017, KTM telah menunjukkan penggunaan buat pertama kali enjin dua silinder selari baru mereka yang digelar sebagai LC8c pada model Duke 790. Ini dianggap sebagai sesuatu yang besar bagi KTM kerana sebelum ini mereka hanya lebih banyak menggunakan enjin satu silinder dan juga V-twin.

Dengan adanya enjin serta casis baru ini, semestinya ia tidak akan berakhir dengan satu model sahaja. Oleh itu, KTM telah menunjukkan sebuah model konsep prototaip dinamakan sebagai 790 Adventure, yang mungkin akan menjadi satu lagi motosikal yang menggunakan enjin sama.

Model ini juga merapatkan lagi jurang di antara motosikal enduro jenama itu, dengan siri Adventure yang kini dipasarkan dengan kapasiti bermula 1,050 cc. Bagi model enduro pula, paling besar sebelum ini adalah 690 Enduro, yang menggunakan enjin sama seperti Duke 690.

KTM 790 Adventure Concept – fokus kepada prestasi

Apa yang dinyatakan lagi oleh KTM berkenaan motosikal ini adalah ia memberikan fokus kepada prestasi, dengan ciri dinamik dan nisbah kuasa dan berat yang biasanya cuma boleh didapati pada model yang menggunakan enjin berkapasiti lebih besar.

Apabila menggunakan enjin LC8c baru ini, 790 Adventure boleh menghasilkan sehingga 103.3 hp pada 9,000 rpm. Melihat kepada gambar model prototaip ini pula, ia seperti sudah sedia untuk produksi dengan lampu LED yang sudah menjadi tanda unik model generasi baru KTM, tetapan rim enduro, pelindung enjin dan pelbagai lagi kelengkapan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required