KTM Duke 790 tunjukkan enjin baru dua silinder selari

KTM Duke 790 tunjukkan enjin baru dua silinder selari

Bagi motosikal berkapasiti bawah 1,000 cc, KTM sentiasa menggunakan tetapan enjin satu silinder, dengan enjin LC4 690 cc mereka diangkat sebagai enjin satu silinder paling berkuasa di dunia untuk motosikal produksi. Tapi, perkara ini sudah berubah apabila syarikat dari Austria itu memperkenalkan enjin baru LC8c 799 cc empat strok dengan tetapan dua silinder selari.

Secara keseluruhannya, enjin ini boleh menghasilkan kuasa 105 hp dan 86 Nm tork, dan ia dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan dan klac slipper PASC. Head enjin ini menggunakan sistem DOHC lapan injap, satu palam pencucuh untuk setiap silinder, dan rantai cam ditegangkan secara automatik melalui sistem hidraulik. Untuk mengurangkan gegaran, terdapat dua batang pengimbang (counter balance shaft); satu di depan crankshaft dan satu lagi di antara dua camshaft.

Tiada lagi kerangka jenis trellis pada Duke ini, dan ia kini menggunakan kerangka besi chrome-molybdenum berbentuk bulat. Kerangka belakang yang menyokong tempat duduk pula dibuat daripada aluminium yang diacu sebagai satu unit dan ia tidak mempunyai sebarang penutup plastik di luar.

Aspek prestasi diambil penting pada motosikal ini, sebab itulah dapat dilihat pada bahagian hadapannya terdapat fork WP USD 43 mm, brek cakera 300 mm berkembar dan angkup Brembo empat piston, manakala di belakang pula terdapat penyerap WP dengan larasan pra beban, cakera 240 mm dan angkup dua piston. Rim pula bersaiz 17 inci.

Pada bahagian elektronik, dengan penggunaan sistem ride-by-wire, Duke 790 ini dapat didatangkan dengan empat mod tunggangan iaitu Sport, Street, Rain dan Track. Selain itu, ia juga datang terus dengan Motorcycle Traction Control (MTC) yang sensitif kepada kecondongan motosikal, brek ABS yang boleh ditutup dan mod Supermoto, Motor Slip Regulation (MSR) dan Quickshifter+.

Selain membawa rekaan terkini Duke bersama lampu LED unik di depan, Duke 790 ini turut menggunakan panel instrumen digital TFT yang memaparkan pelbagai informasi, dan boleh disambung dengan sistem KTM My Ride. Berat KTM Duke 790 adalah 169 kg, dan ia datang dengan kapasiti tangki minyak 14 liter.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required