ERL catat penyusutan jumlah penumpang sehingga 19% selepas tambang dinaikkan tahun lalu – Aziz

ERL catat penyusutan jumlah penumpang sehingga 19% selepas tambang dinaikkan tahun lalu – Aziz

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, perjanjian konsesi dengan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) telah dilanjutkan dalam tempoh lagi 30 tahun iaitu sehingga 2059.

Beliau berkata, lanjutan tempoh konsesi berkenaan dibuat selepas kerajaan menolak permintaan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk menaikan tambang ERL sebanyak tiga kali, laporan The Star.

“Jika diikutkan perjanjian awal, kontrak ini akan tamat pada 2029. Walau bagaimana pun, kita buat perjanjian awal pada 2002, iaitu harga tambangnya boleh disemak setiap lima tahun. Apabila kita tidak membenarkan kenaikan tambang sebanyak tiga kali, sepatutnya kita memberi pampasan tetapi kita panjangkan konsesi,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Tan Sri Khalid Ibrahim (Bebas-Bandar Tun Razak) berhubung isu konsesi ini.

Abdul Aziz berkata, selepas 2029, kerajaan tidak lagi akan membayar caj servis penumpang sebanyak RM5 bagi setiap penumpang kepada ERL dan bayaran kepada syarikat rel berkenaan bergantung kepada pasaran.

Katanya, jumlah penumpang ERL menunjukkan penurunan selepas berlaku kenaikan harga tambang pada 2016.

“Semenjak ERL mula beroperasi, kadar purata bilangan penumpang sebanyak 5.4 juta setahun. Pada 2015, terdapat peningkatan 20% berbanding tahun sebelumnya, iaitu seramai 11.03 juta penumpang. Kesan kenaikan kadar tambang pada 2016 menyaksikan penurunan jumlah penumpang ERL sebanyak 19%, kepada 8.9 juta penumpang. ERL juga mengalami kerugian selepas cukai terkumpul berjumlah RM661.34 juta pada 2016. ERL mengalami kerugian selepasa cukai enam tahun berturut-turut dari tahun kewangan 2009 hingga 2014,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required