VIDEO: Bahaya menggunakan topi keledar tidak sesuai

Kelengkapan paling penting bagi seorang penunggang motosikal adalah topi keledar, dan di dalam pasaran, terdapat pelbagai pilihan yang disediakan. Namun, bukan semuanya sesuai untuk digunakan waktu menunggang motosikal, dan ia ditunjukkan dalam video yang disiarkan oleh JKJR Perak ini.

Ya, video ini sudah agak lama dan ringkas, namun ia tetap relevan walaupun sekadar menunjukkan kesan pada “topi separuh”. Topi keledar jenis separuh ini memang ada dijual di pasaran, tetapi ada yang mempunyai pelekat SIRIM, dan ada juga yang tidak. Bagi topi keledar jenis separuh yang digunakan dalam video ini ia tidak mempunyai pelekat SIRIM dan telah dinyatakan tidak sesuai untuk dibawa menunggang motosikal.

Namun, jika ada yang masih mahu menggunakannya (mungkin kerana ia murah dan ringan), anda patut melihat video ini sehingga habis untuk mengetahui betapa besar risikonya. Itu baru dihentak dengan tukul, dan belum lagi bila berhadapan dengan kemalangan sebenar.

Jadi, ambillah ia sebagai iktibar dan setiap kali sebelum anda mula menunggang motosikal, fikirlah beberapa kali adakah topi keledar yang anda gunakan itu cukup selamat ataupun ‘sekadar ada’ sahaja. Selagi belum kena, bolehlah anda mengabaikannya, tetapi bila dah kena nanti, barulah anda sedar. Tapi itupun kalau anda masih bernafas lagi lah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required