SPAD lancar penguatkuasaan 24 jam sehingga 2 Jan 2018 – termasuk sekatan jalanraya, operasi had laju

SPAD lancar penguatkuasaan 24 jam sehingga 2 Jan 2018 – termasuk sekatan jalanraya, operasi had laju

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) serta syarikat konsesi lebuhraya telah memulakan penguatkuasaan 24 jam secara berterusan sejak semalam sehingga 26 November ini. Kemudian ia akan diteruskan mulai 22 Disember 2017 sehingga 2 Januari 2018 ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, SPAD berkata, operasi ini akan meningkatkan jumlah rondaan, sekatan jalan raya, operasi had laju, mengaudit rekod GPS kenderaan, pemeriksaan ke atas pengendali kenderaan serta lain-lain aktiviti penguatkuasaan, laporan News Strait Times.

SPAD turut berkata, operasi rondaan juga akan dilakukan di pusat bandar termasuk di terminal bas dan pusat membeli-belah bagi memantau dan mengambil tindakan ke atas penjualan tiket haram.

Jika ada mana-mana pihak yang disyaki melanggar undang-undang yang termaktub ini, operasi syarikat tersebut (dengan merujuk kepada mana-mana syarikat pengusaha bas atau kenderaan komersil) boleh digantung sementara audit keselamatam dijalankan. Malah sekiranya bersalah, tindakan sewajarnya akan diambol, termasuk menggantung atau menarik balik lesen operasi syarikat, ujar SPAD.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required