Lexus RX L diperkenal di LA – kini tujuh tempat duduk

Lexus RX L diperkenal di LA – kini tujuh tempat duduk

Lexus akhirnya memperkenalkan SUV RX yang mempunyai tujuh tempat duduk semasa pameran Los Angeles Auto Show 2017 dan model tersebut dinamakan sebagai Lexus RX L. Untuk memastikan ruang tempat duduk baris paling belakang ini cukup memadai bersama tempat simpanan barang, bahagian belakang badannya telah dipanjangkan dan cermin belakang pula lebih tegak. Hasilnya, RX L ini mencatat panjang lima meter dan mengatasi semua pesaingnya, kecuali Audi Q7 (5,052 mm).

Pembeli mendapat pilihan konfigurasi sama ada tujuh tempat duduk dengan baris kedua boleh dilipat 60:40 atau enam tempat duduk dengan baris kedua adalah kerusi kapten dan bahagian tengah mempunyai lorong kosong. Untuk mendapatkan ruang kaki yang lebih luas untuk penumpang di baris ketiga, Lexus telah meninggikan tempat duduk baris kedua, sekaligus menghalang pandangan ke hadapan untuk penumpang di belakang.

Penumpang di belakang juga mendapat pengawal suhu tiga zon, dengan corong sendiri untuk tempat duduk baris ketiga. Lexus juga mendakwa RX L menawarkan lebih banyak ruang barangan di belakang tempat duduk baris ketiga berbanding pesaingnya. Tempat duduk paling belakang kenderaan ini juga boleh dilipat secara elektrik manakala pintu but mempunyai operasi tanpa sentuh.

Lexus RX L diperkenal di LA – kini tujuh tempat duduk

Lain daripada itu, ia masih adalah RX yang sama seperti dulu. Bahagian dalamnya cukup bergaya dengan penggunaan dua tona warna dan kemasan kayu, head-up display warna penuh, skrin hiburan lapan atau 12.3 inci (dikawal menggunakan Remote Touch yang berbentuk seperti tetikus), dan sistem bunyi Mark Levinson 15 pembesar suara.

Pada aspek keselamatan, RX L mendapat beg udara bidai bersaiz penuh untuk semua tiga baris tempat duduk, serta Lexus Safety System + yang termasuk Pre-Collision System (PCS) dengan pengesan pejalan kaki, Lane Departure Alert (LDA) dengan Steering Assist, Intelligent High Beam (IHB) dan All-Speed Dynamic Radar Cruise Control. Blind Spot Monitor (BSM) dengan Intuitive Parking Assist dan Cross-Traffic Braking pula disediakan sebagai pilihan.

Pilihan enjin bermula dengan unit V6 N/A 3.5 liter berkuasa 294 hp/ 357 Nm yang dipadankan bersama transmisi automatik lapan kelajuan dengan pacuan sama ada hadapan sahaja atau semua roda melalui Dynamic Torque Control, untuk RX 350L. RX 450hL pula menggabungkan enjin ini dengan dua motor elektrik dan satu motor di belakang, menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 308 hp.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required