Petronas Dagangan Berhad (PDB) telah melancarkan kempen pemberian ganjaran terbesar bagi tahun ini, The Only Game Where Everybody Wins, yang menawarkan enam juta baucar tunai dan hadiah bernilai RM72 juta. Kempen ini bakal bermula 12 Disember ini sehingga Februari 2018.

Sepanjang kempen dijalankan selama 12 minggu, pelanggan yang membeli sekurang-kurangnya RM20 petrol, barangan promosi di Kedai Mesra atau minyak pelincir Petronas Syntium (3L/4L) akan menerima satu baucer misteri. Di samping itu, pelanggan juga turut berpeluang untuk memenangi baucar tunai bernilai RM5,000, RM1,000, RM500 dan RM100 serta hadiah lumayan lain termasuk baucar menebus pelbagai pilihan telefon bimbit, bekalan kasut selama setahun daripada Zalora dan 4L Petronas Syntium 3000 5W-40.

“PDB sentiasa komited untuk memberi ganjaran kepada para pelanggan yang telah menyokong kejayaan kami, seperti mana kami yang sentiasa menemani perjalanan mereka. Kami juga ingin berkongsi kejayaan yang dikecapi sepanjang tahun 2017 dengan memberikan pelbagai hadiah yang bermakna dan praktikal, selaras dengan komitmen kami untuk sentiasa memberikan produk yang terbaik buat semua pelanggan,” ujar Aadrin Azly, Ketua Perniagaan Runcit PDB.

Sepanjang kempen ini juga, para pelanggan bakal membawa pulang baucar diskaun yang menarik daripada Lazada, Zalora, G’zox, Digi, Grab, Starbucks, Kenny Rogers, Rotiboy, McDonald’s, Burger King, Subway dan TeaLive.

Selain itu, PDB juga telah mengubah struktur mata ganjaran Kad Mesra kepada tiga mata ganjaran Mesra untuk setiap liter yag dibelanjakan, termasuk untuk pembelian Petronas Primax 95 dan 97, Dinamik Diesel Euro 2 dan Euro 5. Mata ganjaran ini adalah yang tertinggi ditawarkan dalam pasaran runcit bahan api dan membolehkan pelanggan menebus mata ganjaran lebih cepat dan mudah.

Kempen ini akan berlangsung di lebih 1,000 stesen Petronas di seluruh negara dengan melibatkan lebih daripada 750 Kedai Mesra. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mymesra.com.my.