JPJ Selangor laksana Ops Patuh 2 hingga 31 Dis ini – sasar 7 kesalahan utama termasuk potong barisan

JPJ Selangor laksana Ops Patuh 2  hingga 31 Dis ini – sasar 7 kesalahan utama termasuk potong barisan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor makin mempergiatkan Ops Patuh 2 yang bermula 24 November lalu sehingga 31 Disember ini. Ia membabitkan seramai 100 anggota JPJ pelbagai cawangan di negeri berkenaan.

Menurut Ketua Seksyen Penguatkuasaan JPJ Selangor, Mohd. Azlan Shah Othman, operasi khas sempena cuti sekolah, cuti Krimas dan cuti Tahun Baharu ini memberi tumpuan terhadap tujuh kesalahan utama iaitu menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memotong barisan, memotong di garisan berkembar, melanggar lampu isyarat, memandu melebihi had laju, tidak memakai tali pinggan kaledar dan memandu di lorong kecemasan.

“Bagi semua kesalahan kecuali bagi kesalahan memandu di lorong kecemasan, kompaun berjumlah RM300 akan dikenakan, bagi kesalahan memandu di lorong kecemasan, pesalah akan dihadapkan ke mahkamah,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Katanya lagi, kini operasi JPJ tidak hanya tertumpu semasa musim perayaan, tetapi termasuk hari cuti sekolah yang melebihi tiga hari.

“Semasa cuti sekolah yang panjang, kita dapat lihat pertambahan mendadak jumlah kenderaan di jalan raya. Operasi ini adalah untuk mengingatkan pengguna untuk sentiasa berhati-hati dan patuh kepada undang-undang jalan raya,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required