Toyota Vellfire 2018 – imej dari risalah rasmi bocor

Ini adalah imej rasmi bagi Toyota Vellfire facelift yang belum dilancarkan, diperoleh dari risalah yang telah bocor terlebih dahulu. Alphard generasi ketiga dan Vellfire generasi kedua yang ada kini pertama kali diperkenalkan pada Januari 2015. Jadi, bulan depan genaplah usianya tiga tahun – satu tempoh yang sesuai untuk diberikan pembaruan bagi kedua-duanya.

Dari risalah yang tersebar, kelihatan Vellfire tampil dalam dua wajah utama. Pertama, wajah depan Vellfire yang biasa, yang turut dijual di sini oleh UMW Toyota Motor (UMWT). Ciri utama seperti lampu utama terdiri dari dua bahagian masih lagi dikekalkan, tetapi rekaan grilnya kini ditukar – untuk memuatkan kemasan krom yang ada serta kedudukan logo yang lebih tinggi.

Bahagian bawah wajah depan ini pula didatangkan dengan palang krom yang lebih besar yang mengguhubungkan lampu-lampu di bawah. Ini menyumbang kepada penampilan gril tunggal yang lebih menonjol berbanding yang dulu. Lampu kabusnya kini LED (serta sistem lampu lainnya, daripada apa yang dapat dilihat), sementara perumahnya dalam bentuk segi yang lebih tajam berpetak.

Satu lagi ialah wajah depan yang membezakan Vellfire ZG, yang lebih menonjol dan agresif berbanding versi standardnya. Bahagian separuh ke bawah memberikan perbezaan ketara antara keduanya – dengan “mulut” seolah-olah terbalik dan diapit dua bukaan masukan udara dengan kemasan melintang padanya (seperti Toyota Mirai). Semua elemen ini dilingkari oleh kemasan krom tebal.

Model Vellfire facelift ini juga memiliki penampilan yang lebih menarik di belakang berbanding model sedia ada. Lampunya dari jenis LED terdiri dari tiga rekaan gelung terpisah, dan di tengahnya terletak sebuah palang krom dengan kelebaran penuh. Model semasanya ketika ini menggunakan palang krom yang lebih singkat, dan LED-nya dalam bentuk jalur. Satu lagi pembaharuan ialah reflektor pada bahagian bampar.

Alphard juga tidak terlepas daripada menerima pembaharuan, dan MPV kembar ini akan diperkenalkan dalam rentang waktu yang tidak terlalu berjarak tentunya. Malaysia kini menjadi pasaran eksport bagi model-model JDM terpilih keluaran Toyota, dan berkemungkinan besar akan menerima dua model diperbaharui ini secara rasmi melalui UMWT tidak lama lagi.

GALERI: Toyota Vellfire 2.5 di Malaysia 2016

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required