Honda Malaysia rekod 109,511 unit jualan pada 2017 – naik 19%, tertinggi dalam sejarahnya di negara ini

Honda Malaysia Sdn. Bhd. telah mengumumkan prestasi jualan keseluruhan bagi tahun 2017, dengan berjaya mencatatkan rekod sebanyak 109,511 unit. Ia merupakan rekod jualan tertinggi yang pernah dicapai dalam sejarahnya di Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 2003. Malahan ini merupakan kali pertama Honda Malaysia mencatatkan jualan melebihi 100,000 unit, sekaligus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam jenama kenderaan bukan-nasional di negara ini.

Wilayah Tengah mencatatkan peratusan tertinggi dalam jualan iaitu mencapai 47%, diikuti dengan Wilayah Selatan dan Wilayah Utara. Keseluruhan jualan pada tahun 2017 turut mencatatkan peningkatan sebanyak 19% berbanding 91,830 unit pada 2016.

Menurut Toichi Ishiyama, Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, “Tahun 2017 benar-benar luar biasa bagi HMSB. Pada awal 2017, kami telah mencabar diri kami untuk mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000 unit dan pada Mac tahun lalu, kami berjaya mencatatkan kejayaan tersebdiri apabila berjaya mencapai 600,000 unit bagi produksi pemasangan tempatan (CKD) dalam tempoh 14 tahun tertubuhnya Honda Malaysia.

“Akhir tahun 2017, berdasarkan data dalaman perkongsian pasaran, kami berjaya mencatatkan peningkatan sebanyak 19% dan 3.2 poin berbanding 2016. Malah buat pertama kali, kami berjaya melepasi angka 100,000 unit jualan serta kekal menduduki tangga pertama dalam segmen bukan-nasional dan tempat kedua dalam keseluruhan TIV bagi industri automotif. Terima kasih diucapkan kepada semua para pelanggan yang sentiasa mempercayai dan menyokong kami,” ujar Ishiyama.

Honda Malaysia juga berazam untuk memacu langkah lebih gemilang bagi tahun 2018 dengan pelbagai lagi produk yang menarik dalam perancangan. Apakah model baharu atau facelift yang bakal Honda Malaysia perkenalkan pada tahun ini? Agak-agak anda, model apakah yang bakal muncul ya?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required