Tiada kesan minyak atas jalan Lebuhraya PLUS berhampiran Gunung Lang yang menjadi tular – Polis

Tiada kesan minyak atas jalan Lebuhraya PLUS berhampiran Gunung Lang yang menjadi tular – Polis

Beberapa hari ini, antara berita yang menjadi tular di laman media sosial ialah dakwaan seorang netizen mengenai kes kemalangan yang membabitkan dirinya berlaku di KM 259 Lebuhraya PLUS berhampiran Terowong Menora, Ipoh. Menurut netizen terbabit, dia hanya memandu dalam kelajuan sederhana namun secara tiba-tiba kenderaan yang dipandu seakan hilang kawalan dan berpusing beberapa kali.

Entri yang dimuat naik itu telah mendapat respon ramai, malah ada yang mendakwa pernah berhadapan dengan perkara serupa di tempat yang sama. Bukan itu saja, ada netizen yang mendakwa pernah ternampak kenderaan lain menuang minyak di atas permukaan jalan yang katanya berlaku di lebuhraya Pantai Timur dan menganggap punca yang sama turut berlaku dalam kejadian di Perak. Malah juga beberapa penunggang motosikal pernah mengalami kemalangan yang hampir serupa. Berita yang menjadi tular di laman media sosial ini turut mendapat perhatian pihak polis.

Walau bagaimana pun, menurut Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby, beliau telah mengarahkan anggota polis melakukan pemeriksaan di kawasan tersebut, namun tiada sebarang kesan minyak dijumpai.

“Tiada tumpahan atau kesan minyak di atas jalan raya di susur keluar Jalan Kuala Kangsar ke Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran pusat rekreasi Gunung Lang di sini seperti yang tular di laman sosial. Saya tidak boleh katanya (tular itu) sebagai tidak benar tetapi mohon sekiranya ada berlaku laporkan kepada pihak berkuasa dan nyatakan lokasi atau maklumat dengan jelas,” ujarnya seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required