Ingat lagi bagaimana Proton Saga mendapat namanya ketika diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1985? Ya, ketika itu Proton mengadakan pertandingan untuk mencari nama bagi kereta nasional pertama negara tersebut dan ia telah dimenangi oleh seorang bekas tentera bernama Ismail Jaafar. Berita sedih, encik Ismail telahpun dilaporkan meninggal dunia pada umur 71 tahun 12 Januari lalu, menurut laporan The Star.
Ismail yang telah pun mengerjakan ibadah haji bersama isterinya tahun lalu menghembuskan nafas terakhir dirumahnya sendiri yang terletak di Sungai Petani serta disaksikan sendiri oleh kesemua ahli keluarganya, setelah dikeluarkan dari hospital sehari sebelum itu. Sebelum meninggal dunia, Ismail disahkan menghidap sakit jantung, sakit buah pinggang dan juga diabetis.
“Alhamdulillah, ayah saya selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Raudahtus Solihin Amanjaya pada pukul 10.55 malam tadi (Jumaat lalu)”, kata anak Ismail, Mohd Sariffuddin kepada akhbar berkenaan.
Sebelum pelancaran Saga pada 1 September 1985, sejumlah 102,823 penyertaan telah diterima Proton dalam pertandingan tersebut dan akhirnya nama ‘Saga’ yang diberikan oleh Ismail diangkat sebagai pemenang.
Kebanyakkan dari kita tahu Saga merupakan nama biji yang keras berwarna merah, manakala dalam bahasa inggeris pula saga bermaksud hikayat yang mengandungi kisah kesaktian dan kegagahan wira yang luar biasa. Tetapi sebenarnya, nama Saga yang diletakkan pada kereta nasional pertama ini adalah akronim kepada Safety (Keselamatan) Achievement (pencapaian) Greatness (Keunggulan) dan Agility (Ketangkasan).
GALERI: Proton Saga Megavalve


Proton Saga
dari RM38,990
Proton X90
dari RM106,800
Proton S70
dari RM73,800
Proton eMas 7 PHEV
dari RM109,800
Proton X70
dari RM106,800
Proton eMas 5
dari RM59,800
Proton X50
dari RM89,800
Proton eMas 7
dari RM103,800