Lexus RX 350L tujuh-tempat duduk, NX 300 facelift kini dibuka tempahan di Malaysia – SUV dari RM312k

Lexus RX 350L tujuh-tempat duduk, NX 300 facelift kini dibuka tempahan di Malaysia – SUV dari RM312k

Lexus Malaysia mengumumkan tempahan bagi dua model SUV baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, NX 300 dan RX 350L telah pun dibuka.

Bagi RX L yang diperkenalkan bulan lalu di LA Auto Show 2017, ia merupakan versi panjang bagi SUV RX sedia ada. Ia telah menerima tambahan 110 mm bagi overhang di belakang dan cermin belakang yang lebih menegak, ruang yang lebih luas untuk barisan ketiga bagi membolehkan ia memuatkan tujuh-tempat duduk secara keseluruhan. Sepanjang lima meter, SUV ini pendek sedikit berbanding Audi Q7 yang berukuran 5,052 mm.

Tempat duduk paling belakang RX L ini boleh dibaringkan secara 50:50, sementara barisan kedua pula dengan kedudukan yang sama pada nisbah 40:20:40. Pembeli di US juga boleh mendapatkan pilihan bagi versi enam-tempat duduk dengan kerusi kapten individual di bahagian tengah dan kemudahan akses ke ruang barisan ketiga, namun kita hanya menerima pilihan yang lebih fleksibel. Lexus mendakwa RX L menawarkan ruang barangan yang lebih luas di belakang barisan ketiga berbanding pesaingnya.

Lexus RX 350L tujuh-tempat duduk, NX 300 facelift kini dibuka tempahan di Malaysia – SUV dari RM312k

Kita juga bakal menerima “RX yang lebih panjang” iaitu dikenali sebagai RX 350L, dijanakan oleh enjin 3.5 liter V6 dengan kuasa 294 hp dan transmisi automatik torque converter lapan-kelajuan. Pacuan disalurkan ke kedua-dua gandar menerusi Lexus Active Torque Control AWD System yang boleh menyalurkan berbeza-beza tork ke mana sahaja dari 100:0 ke 50:50, bergantung pada keadaan. Harganya pada RM475,000, iaitu mahal sedikit berbanding RV 350 Luxury lima-tempat duduk yang berharga RM457,800.

Sementara itu, Lexus 300 merupakan facelift terkini bagi NX 200t, yang dipertontonkan di Shanghai tahun lalu. Ia terus menggunakan enjin 2.0 liter turbo dengan kuasa 235 hp, sementara NX 300h pula adalah versi hibrid dengan kombinasi enjin petrol 2.5 liter NA dengan dua motor elektrik. Lexus Malaysia berkata NX 2018 bakal ditawarkan dengan empat varian – Urban, Premium, F Sport dan Hybrid – harga dari RM311,900.

Lexus RX 350L tujuh-tempat duduk, NX 300 facelift kini dibuka tempahan di Malaysia – SUV dari RM312k

SUV paling kecil dari Lexus ini menerima imej yang disemak semula dengan perubahan pada gril gelendong, bampar hadapan dan belakang, dengan gaya yang kini lebih lebar serta elemen yang menjadi signatur jenama ini bersama motif gelendong.

Lexus berkata dengan peningkatan ini, gegelung, palang penstabilan dan bushing NX telah ditala semula untuk meningkatkan respon ‘turn-in’ dan kawalan di selekoh yang lebih stabil. Sementara peredam baharu juga dapat mempertingkatkan kualiti pengendalian. Kabin juga menerima kekemasan baharu dan pad sentuhan permukaan kawalan telah direka semula dan lebih besar bagi lebih mudah menggunakannya.

Kedua-duanya adalah model CBU yang diimport terus dari Jepun, RX 350L dan NX 300 dijadualkan akan tiba pada awal Februari ini. Membeli secara terus dari pengedar rasmi Lexus turut membolehkan anda menerima waranti pengilangan selama lima-tahun tanpa had perbatuan serta sokongan selepas-jualan di tujuh lokasi di seluruh Malaysia.

GALERI: Lexus RX L

GALERI: Lexus NX 300 facelift

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required