Parkir percuma bagi menunggu penumpang di KLIA, KLIA2 – kenderaan diletak di bahu jalan bakal disaman

Parkir percuma bagi menunggu penumpang di KLIA, KLIA2 – kenderaan diletak di bahu jalan bakal disaman

Menerusi kenyataan yang disebarkan menerusi laman Facebook milik Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), pengendali lapangan terbang berkenaan telah menguar-uarkan penyediaan ruang parkir percuma untuk mereka yang menunggu ketibaan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 bagi melancarkan aliran trafik di kawasan lapangan terbang.

Malah menerusi laporan diBernama, Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata banyak kenderaan didapati berhenti di tepi jalan berhampiran pam stesen Petronas sebelum ke KLIA2 dan juga di kawasan aras ketibaan KLIA kerana menunggu ketibaan penumpang.

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, MAHB menyediakan ruang parkir percuma di tepi kawasan Long Term Car Park (LTCP) atau percuma selama setengah jam untuk parkir di LTCP.

“Sekiranya waktu menunggu lebih setengah jam di LTCP, kita hanya mengenakan caj parkir yang berpatutan iaitu RM2.50 sejam,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Manakala Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor pula berkata pihaknya tidak akan bertoleransi lagi dengan mereka yang meletakkan kenderaan di tepi-tepi jalan memandangkan pihak MAHB telah menyediakan kawasan menunggu yang sesuai.

“Kita telah mula pada tahun ini dengan mengeluarkan saman kepada mereka yang melanggar undang-undang termasuk kompaun yang maksimum atas setiap kesalahan yang dilakukan serta akan memasang kamera litar tertutup di lokasi strategik,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required