PBT giatkan usaha tarik kenderaan buruk di seluruh negara, kekangan lokasi menempatkannya – laporan

PBT giatkan usaha tarik kenderaan buruk di seluruh negara, kekangan lokasi menempatkannya – laporan

Melihat kenderaan usang, buruk dan terbiar tersadai atau sengaja diletakkan di tepi jalan, lorong belakang atau di merata-rata pasti menyemakkan pandangan mata. Namun, itulah antara senario di negara ini, bila mana suatu ketika dahulu, kenderaan tersebut mungkin pernah menjadi kebanggaan dan kesayangan pemiliknya. Tetapi selepas ia sudah ‘tiada harga’ atau pun tidak boleh digunakan lagi, ia ditinggalkan begitu saja. Bagaikan pepatah, ‘Habis madu, sepah dibuang’. Malah ada juga yang menjadi ‘port’ penagih dadah serta pembiakan nyamuk aedes.

Laporan khas dari The Star ini telah memaparkan beberapa maklumat terus daripada beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenai perkara ini.

Menurut akhbar terbabit, Majlis Perbandaran Klang (MPK) kini sedang mempergiatkan usaha bagi membersihkan semula bandar diRaja tersebut, termasuk mengalihkan kenderaan buruk dari lorong belakang, tempat meletak kereta awam dan juga di tanah terbiar di kawasan perumahan mahu pun perindustrian.

Dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini, MPK telah menunda sebanyak 420 unit kenderaan buruk ini di beberapa lokasi di Klang. Walau bagaimana pun, depot MPK yang terletak di Jalan Tepi Sungai kini telah dikatakan penuh dan pihak majlis perbandaran terbabit berhadapan dengan kesukaran untuk menempatkan lebih banyak kenderaan buruk yang ditarik.

PBT giatkan usaha tarik kenderaan buruk di seluruh negara, kekangan lokasi menempatkannya – laporan

Manakala bagi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pula telah merekodkan sebanyak 193 kenderaan buruk pada 2016, dan 208 unit lagi pada tahun lalu. Sementara, Majlis Perbandaran Sepang (MPS) pula mencatatkan sebanyak 149 unit kenderaan buruk ditarik pada tahun 2016, dan 113 unit pada 2017.

Akhbar terbabit turut melaporkan, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pula mengesahkan sebanyak 768 kenderaan buruk tersimpan di depotnya pada tahun 2016, dan meningkat kepada 874 unit tahun lalu.

Di Pulau Pinang pula, PBT di sana turut mengalami kesukaran untuk menempatkan ratusan kenderaan buruk yang perlu ditunda di beberapa bahagian di pulau terbabit. Menurut Datuk Bandarnya, Maimunah Mohd Sharif, walau pun pihaknya menerima banyak laporan mengenai kenderaan buruk ini, namun beberapa prosedur perlu diambil sebelum kenderaan terbabit ditunda.

“Sebelum tindakan diambil, kami perlu menyemak dengan Jabatan Pengangkutan Awam dan polis mengenai status kenderaan terbabit sama ada kemungkinan ia kenderaan curi atau terbabit dengan kegiatan jenayah. Kami juga perlu mengesan pemiliknya. Selepas segala maklumat diperoleh, barulah kami akan bertindak, sama ada menundanya ke depot penyimpanan di Tanjong Tokong dan Relau, di mana di lokasi terbabit juga hampir penuh,” ujarnya sewaktu dihubungi oleh The Star.

Persoalan, apakah tindakan yang bakal dikenakan oleh pihak berkuasa sekiranya pemilik asal kenderaan terbabit dapat dikesan? Dan sebagai rakyat Malaysia, cuba tanya diri anda sendiri, adakah anda juga sanggup membiarkan kenderaan yang tidak lagi digunakan dengan cara sebegini? Kongsikan pendapat anda menerusi ruangan komen di bawah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

 

Add a comment

required

required