Beberapa jalan di KL ditutup sempena Thaipusam

Beberapa jalan di KL ditutup sempena Thaipusam

Mulai 12.30 tengah malam Selasa ini, 30 Januari, sebanyak 10 jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat bagi memberikan laluan perarakan Pedati Perak sempena sambutan Thaipusam Rabu ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya, laluan terbabit ialah Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Sogo, Jalan Raja Laut dan Jalan Sri Amar.

“Perarakan pergi pada Selasa akan bergerak dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee dan melalui 10 jalan utama tersebut, kemudian ke Jalan Tun Razak (pusingan-U depan Bomba), Jalan Ipoh (Jalan Salleh), Jalan Perhentian, Jalan Ipoh, Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves,” katanya seperti mana yang dilaporkan menerusi Bernama.

Katanya lagi, perarakan pulang pula bermula 4 petang Khamis, 1 Feb, dan dijangka berakhir pagi keesokannya (2 Feb). Kumpulan perarakan akan bergerak dari Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves, seterusnya melalui Jalan Ipoh Batu 5, Jalan Perhentian, Jalan Tun Razak dan Jalan Ipoh.

Pada itu, laluan yang ditutup turut melibatkan Jalan Raja Laut, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Tun Perak, Jalan Sultan, Jalan Hang Kasturi, Jalan Hang Lekir dan Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S Lee.

“Penutupan jalan yang berakhir Jumaat depan akan dilakukan mengikut pergerakan kumpulan perarakan dan dibuka semula kepada pengguna jalan raya setelah mereka selesai melalui jalan tersebut,” katanya.

Orang ramai yang ingin melalui kawasan tersebut dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak kesesakan lalu lintas pada hari berkenaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required