Pusingan pertama Malaysia Speed Festival (MSF) libat aksi mengujakan, tarik penyertaan dari negara jiran

Pusingan pertama Malaysia Speed Festival (MSF) libat aksi mengujakan, tarik penyertaan dari negara jiran

Hujung minggu lalu pusingan pertama Malaysia Speed Festival (MSF) telah berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dan ia melibatkan penyertaan 166 buah kereta yang berlumba dalam 13 kategori berbeza. Kehadiran penonton juga tidak kurang meriahnya, dengan sekitar 4,210 orang hadir ke acara ini.

Dalam kategori baru Super Production, iaitu kategori untuk kereta produksi tahun 2006 ke atas, pasukan Petropenn-Piston Project telah menunjukkan dominasi dalam kedua-dua saringan, dengan meninggalkan pesaing di tempat kedua, Flex Racing sebanyak 10 saat. Tiga saat selepas itu, barulah pasukan Fizzi Motorsports menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Kategori Street 2000 NA yang melibatkan saingan jentera yang menggunakan enjin maksimum 2,000 liter melihatkan penguasaan jentera yang menggunakan pacuan roda belakang (RWD). Pemenang dua tempat pertama menggunakan jentera Toyota GT86, iaitu di tempat pertama pemuda berusia belasan tahun, Amirul Haikal yang memandu untuk pasukan LMC Racing Team dan di tempat kedua gandingan Syed Rizal dan Faisal Asri dari SMRT.

Jarak di antara mereka boleh dikatakan agak jauh, di mana dalam saringan pertama, Amirul mendahului 36 saat manakala dalam saringan kedua jarak masanya adalah 18 saat. Jika anda tertanya bagaimana anak muda ini boleh jadi hebat sebegitu, beliau sebenarnya adalah anak didik kepada pelumba terkenal tempatan, Faidzil Alang. Tempat ketiga diberi kepada gandingan Shazli Mohamed dan Fadhlan yang menggunakan jentera Toyota Altezza.

Kategori paling laju dan mengujakan dalam MSF, iaitu Race Cars Open secara keseluruhannya dimenangi oleh Akid Azlee, yang bergandingan dengan Mark Darwin, dari pasukan SITTY-DNT Racing Team. Jentera mereka beroperasi baik dalam dua saringan yang berlangsung, menghasilkan keputusan yang sangat dirai.

Walaupun mendahulu dalam saringan pertama, Faidzil Alang kurang bernasib baik dalam saringan kedua apabila terlibat dalam kemalangan. Disebabkan itu, tempat kedua keseluruhan berjaya direbut oleh Azlan Malik dari Wenso Racing. Tempat ketiga pula dimiliki Shamir Aizan dari Smartroluem-Prodrag.

KEPUTUSAN SEMUA KATEGORI

Super Production
1- M.Roni Misman Petropenn-Piston Project 14:34.565
2- M.Yusuf Muda/Chong Tun Lung Flex Racing 14:44.620
3- M.Noorhafidzi/Henra Fizzi Motorsports 14:47.631

Super 1500 NA
1- Willam Ho/Ricky Siow Momentum Auto Garage 13:56.995
2- K.Logesvaran MTRD Sing Boy Racing 13:57.174
3- Keu Shian Shi/Alex Chow Momentum Auto Garage 14:20.039

Saga Cup Casual
1- Mohd Jaz/Mohd Hafiz MERU Speed 15:45.429
2- Nasharuddin Abd Aziz LOCO Racing 15:46.315
3- Mohd Syaifudin Team Mode Racing 15:47.874

Saga Cup Advance
1- Shaiful Zamri Malkar Racing 14:55.455
2- Lim Lee Hua/Khair Nur Seng Motorsports 15:11.693
3- M.Aliff/M.Shahril OneSoulMotorsports 15:12.974

Saga Cup Pro
1- Tommy Lee STS Racing Team 14:34.725
2- Damian Dielenberg 14:38.347
3- Yc Foo/Ken Yap Fast Racing Team 14:41.338

Street Tuned Limited
1- Dzamir/Admi Sharul Suzuka Racing Team 19:24.539
2- Roakhir/Hapizu Infinity Petropenn 19:32.629
3- Zairi Latif/Faiz Sulaiman WG-MA Racing Team 19:36.407

Street 1600 Limited
1- Hazrin/M.Azri Unixx JMS Tuner 19:36.043
2- Zuhaidi Ishak Fleetoil Racing Team 19:40.150
3- Hazlami/Muslim WAKOS RNR 19:46.850

Proton 1800
1- K.Perajun DV Motorsports 19:33.281
2- Sukran/Nur Azam SPRT Motorsports 19:42.262
3- Afiq Haikal LMC Racing Team 19:45.594

Street 2000 NA
1- Amirul Haikal LMC Racing Team 19:34.704
2- Faisal Asri/Syed Rizal SMRT86 19:52.786
3- Fadhlan/Shazli SP Auto Tuning 20:13.820

Super Street
1- Azlan Malik/Arep Ahmadi WENSO Racing Team 19:18.163
2- Chong Tun Lung/Lai Chee Kwin Speed Racing Motorsports 19:21.035
3- Raja Imran MR Proworks-Ftuned 19:36.329

Race Cars 1600
1- Desmond Yee N1 Racing Team 13:36.683
2- Syahmi Mahzan/Syahrizal Ftuned Racing Team 13:42.762
3- Soffiz Hardy/Wan Ahmad Farouk Ftuned Racing Team 14:28.722

Race Cars 1800
1- Akid/Mark Darwin SITTY-DNT 13:20.333
2- Ahmad Shab/Fadzlisham KanjoR-DNT 13:22.832
3- Lim Puay Soong Autolite Racing 13:32.815

Race Cars Open
1- Mark Darwin/Akid SITTY-DNT 12:01.781
2- Azlan Malik WENSO Racing Team 12:09.338
3- Shamir Aizan Smartroluem-Prodrag 12:18.976

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Adian Yein Khalid

Adian was one of the start-up members that initiated the Proton Motorsports Division (R3) back in 2003. He has over 20 years of motorsports experience, culminating in two back-to-back wins of the Merdeka Millennium Endurance. He’s currently a professional driving instructor, and a co-host of the Driven Web Series. He has recently found joy door-to-door racing again at MSF!

 
 

Add a comment

required

required