Suka pakai jaket terbalik masa tunggang motosikal? Berhenti sebelum ia meragut nyawa anda sendiri

Suka pakai jaket terbalik masa tunggang motosikal? Berhenti sebelum ia meragut nyawa anda sendiri

Baru-baru ini telah tersebar satu post dalam Facebook oleh Zairul Ezam, yang menyatakan kebimbangan beliau terhadap penunggang motosikal di negara kita yang dilihat gemar memakai jaket terbalik semasa menunggang motosikal.

Kebimbangan beliau ini datang daripada pengalaman sendiri, dengan merujuk kepada satu kejadian yang berlaku semasa beliau di sekolah. Seorang penunggang telah terlibat dalam kemalangan disebabkan memakai jaket secara terbalik. Jaket yang terurai tersebut tersangkut pada cangkuk yang terdapat di bahagian tepi lori waktu penunggang tersebut sedang memotong, dan magsa telah terjatuh dan masuk ke bawah lori.

Begitulah bahayanya memakai jaket terbalik, yang mana nampaknya seperti ramai penunggang motosikal di negara ini tidak ambil kisah. Mungkin ramai yang menganggap memakai jaket cara ini adalah mudah dan pantas, tapi mereka tidak mengambil kira risiko yang ada.

Kalau anda lihat sendiri semasa menunggang motosikal dan duduk di belakang mereka yang memakai jaket secara terbalik ini, jaket tersebut akan mengembang di bahagian tepi kerana tiupan angin, dan apabila mencelah, bahagian itu cukup mudah tersangkut pada kenderaan lain – semasa memotong ataupun mencelah.

Suka pakai jaket terbalik masa tunggang motosikal? Berhenti sebelum ia meragut nyawa anda sendiri

Jika risiko yang mampu meragut nyawa ini anda masih tidak peduli, kami juga mahu katakan, bila memakai jaket terbalik, zip jaket tersebut sangat mudah rosak. Bukan setakat jaket biasa, jaket kalis hujan juga terdedah kepada perkara ini.

Selain daripada perkara ini, kami juga merasakan penunggang motosikal patut meningkatkan lagi kesedaran mereka terhadap aspek keselamatan. Sebanyak mana perkara yang boleh kita lakukan ke arah ini, ia patut dilakukan. Ini merujuk juga kepada pemakaian helmet yang berkualiti, jaket bersesuaian serta pakaian perlindungan yang lain.

Yang suka memakai jaket terbalik tu, fikir-fikirkanlah semula tindakan anda itu. Bukan susah untuk mengubahnya. Jangan disebabkan tidak mahu panas dan mahu mengambil cara paling mudah, ia nanti mampu meragut nyawa anda sendiri sudahnya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • Jai Kuwat on Nov 24, 2022 at 5:03 pm

    Sekarang dah ada jaket terbalik yang lebih selamat. Bukan saja selamat, siapa pakai akan jadi lebih hensem bergaya.

    Memperkenalkan jaket terbalik Kuwat. Jaket ini memang direka nampak macam pakai terbalik tapi betullah dipakai dari depan. Ok mari tengok di website kami https://kuwat.my

    Dengan jaket ini penunggang motor akan pakai jaket terbalik seperti biasa tetapi dengan ciri-ciri yang lebih selamat daripada yang biasa dilakukan sekarang dan juga lebih selesa dipakai. Jaket rekaan kami ini tidak akan tersangkut dengan kenderaan lain atau terbelit dengan roda motor sendiri. Strap pelekat di tengkuk membuatkan jaket tidak akan jatuh, manakala padding di bahu memperkemaskan lagi pemakaian jaket. Material kain jaket ini juga dipilih daripada jenis kain yang kalis air dan tahan lasak.
    Jom tengok di website kami https://kuwat.my

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required