Tol Plaza Batu Tiga – kerja-kerja meroboh peringkat ketiga lengkap, laluan utama kini dibuka sepenuhnya

Tol Plaza Batu Tiga – kerja-kerja meroboh peringkat ketiga lengkap, laluan utama kini dibuka sepenuhnya

Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS) telah mengumumkan bahawa kesemua lorong pada laluan utama Lebuhraya Persekutuan di bekas tapak Plaza Tol Batu tiga telah dibuka sepenuhnya kepada orang ramai pada selasa malam lalu.

Kesemua laluan tersebut dibuka setelah peringkat ketiga kerja-kerja merobohkan struktur plaza tol berkenaan lengkap, yang berjaya dilakukan mengikut jadual. Kerja-kerja untuk peringkat ketiga tersebut melibatkan merobohkan kanopi pada bahagian tengah plaza tol, membuat garisan pada jalan raya serta pemasangan pembahagi jalan untuk menyususun semula laluan lebuhraya tersebut.

Kerja-kerja merobohkan plaza tol ini telah dijalan sejak Februari lalu, setelah kerja-kerja peringkat awal bermula pada Januari. Projek ini dijangka akan lengkap sepenuhnya setelah peringkat terakhir siap, yang melibatkan kerja-kerja merobohkan bahagian sisi plaza tol berkenaan.

Kerja-kerja merobohkan plaza tol Sungai Rasau juga kini sedang berjalan dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung Mac ini. PLUS juga menasihatkan kesemua pengguna jalan raya mematuhi had laju yang ditetapkan serta memandu dengan berhati-hati ketika menghampiri tapak projek perobohan berkenaan kerana kerja-kerja peringkat akhir masih dijalankan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required