F60 MINI Cooper S E Countryman All4 plug-in hybrid bakal dilancarkan di Malaysia, ROI kini dibuka

F60 MINI Cooper S E Countryman All4 plug-in hybrid bakal dilancarkan di Malaysia, ROI kini dibuka

MINI Malaysia bakal mengembangkan lagi barisan Countryman di negara ini dengan pengenalan MINI Cooper S E Country All4 bahary, model pertama plug in hybrid bagi jenama ini. Bagi sesiapa yang berminat, sudah boleh mendaftarkan minat anda (ROI) itu menerusi laman web yang didedikasikan khas untuknya.

Pertama kali diperkenalkan pada Oktober tahun lalu, Countryman plug-in hybrid ini menggunakan penjana kuasa yang sama dengan BMW 225xe Active Tourer. Ia dipadankan dengan enjin petrol 1.5 liter pengecas turbo tiga-silinder (134 hp dan 220 Nm), transmisi automatik Steptronic enam-kelajuan, motor elektrik yang dipasang di belakang (87 hp dan 165 Nm) dengan transmisi kelajuan-tunggal dua-fasa, dan bateri 7.6 kWh.

Secara keseluruhannya, sistem ini mampu menghamburkan kuasa sehingga 221 hp dan tork 385 Nm, cukup untuk memacu SUV ini dari 0-100 km/j dalam hanya 6.8 saat. Mengikut kitaran ujian European Union, Countryman plug-in hybrid ini dianggarkan menggunakan bahan api sekitar 2.1 liter bagi setiap 100 km.

Model ini turut menampilkan beberapa mod bagi penjana kuasa termasuk Auto eDrive, Max eDrive dan Save Battery. Yang pertamanya membolehkan model ini dipacu dengan kuasa elektrik sahaja sehingga kelajuan 80 km/j, dan enjin mampu menanggung beban yang lebih intensif.

Bagi Max eDrive pula, kenderaan boleh dipacu dengan kuasa elektrik sahaja sehingga kelajuan mencecah 125 km/j sehingga bateri kehabisan kuasa. Manakala Save Battery pula membolehkan pemandu meningkatkan kadar pengecasan bateri sekurang-kurangnya 90% untuk digunakan.

Apabila dilancarkan kelak, Cooper S E Countryman All4 baharu ini bakal menyertai model petrol termasuk Cooper Countryman, Cooper S Countryman dan John Cooper Works Countryman. Harga bagi model plug-in hybrid ini masih belum didedahkan – namun model semasa Countryman berharga RM239,888 dan RM348,888.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required