Motosikal berteduh bawah jambatan – berisiko tinggi

Hari ini sekali lagi tersebar video motosikal yang berteduh di bawah jambatan kerana hujan dirempuh oleh kereta. Perkara ini bukanlah pertama kali berlaku, tetapi setiap kali ada, ia pasti menimbulkan rasa tidak senang, atau mungkin juga risau sekiranya ada yang cedera.

Sebagai penunggang motosikal juga, kami faham tempat berteduh khas bagi penunggang motosikal bukannya disediakan di semua tempat, dan ada kalanya di dalam lebuh raya, ia terletak dalam jarak yang jauh. Jika tidak berhenti pula, apabila hujan terlalu lebat, ia juga akan membahayakan penunggang motosikal kerana jarak penglihatan yang terhad dan jalan yang licin.

Walaubagaimanapun, penunggang motosikal harus sedar, risiko dilanggar apabila berhenti berteduh di bawah jambatan tetap ada, baik daripada pemandu yang tidak sabar menggunakan laluan kecemasan, penglihatan kabur, jalan licin dan pelbagai sebab lagi.

Motosikal berteduh bawah jambatan – berisiko tinggi

Oleh itu, fikirlah banyak kali sebelum anda berhenti berteduh di bawah jambatan. Penyelesaian paling mudah adalah mempersiapkan diri dengan baju hujan, dan meminimakan waktu anda berada bawah jambatan hanya untuk memakai baju kalis air tersebut. Apabila hujan tidak terlalu lebat dan rasa selamat untuk bergerak, teruskan kembali perjalanan.

Kami juga tidak faham kenapa walaupun penunggang motosikal sudah tahu kita tinggal di negara yang boleh hujan pada bila-bila masa, mereka masih tidak dapat bersedia dengan baju hujan. Ia bukannya mengambil ruang yang besar, dan adalah pelaburan yang sedikit jika dibandingkan dengan waktu yang terbazir menunggu hujan berhenti dan lebih teruk lagi, risiko dilanggar.

Jika betul-betul perlu pun untuk anda berhenti di bawah jambatan ini, carilah tempat yang selamat dan berdirilah di sebalik penghadang jalan. Sekurang-kurangnya kalau ada kemalangan, nyawa anda tidaklah melayang sekali seperti Y15 yang terperosok di bawah kenderaan dalam video ini. Harapnya, tiadalah kemalangan jiwa dalam kemalangan yang berlaku di Senawang ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • Kalau hujan lebat pun adakah sgt bahaya utk penunggang motor bergerak atas jalanraya. Sebab pelindung (visor) helmet bukannya ada wiper. Utk membawa baju hujan oerlukan tempat dan bukan semua org mampu membeli box itu. Byk cara boleh dilakukan utk keselamatan semua..pemandu kereta juga perlulah alert pasti ada motor akan berteduh setiap kali hujan lebat. Pihak lebuhraya juga perlu sediakan papan tanda peringatan AWAS motorsikal berhenti berteduh tepi lebuhraya berhampiran jambatan… Semua pihak perlulah ada common sense..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required