Retro Havoc 2018 di BRT Sunway – betul-betul Havoc!

Retro Havoc 2018 di BRT Sunway – betul-betul Havoc!

Acara tahunan yang mengumpulkan pelbagai kereta ubahsuai – Retro Havoc (RH) – telah dilangsungkan untuk kali kelima 21 April lalu. Tahun ini, Retro Havoc kembali dilangsungkan di kawasan Lembah Klang, setelah dijayakan di Muar, Johor pada 2017.

Untuk 2018 ini, RH diadakan di Depot BRT Sunway, betul-betul dikawasan ‘sarang’ kereta-kereta ‘perang’ di Sunway. Oleh itu, untuk edisi 2018, RH dipenuhi dengan kereta-kereta rare yang keluar dari tempat pertapaan masing-masing.

Kita mungkin sukar untuk berjumpa dengan Datsun Fairlady 240Z S30 di jalan raya, tetapi dalam kompleks BRT ini Sabtu lalu, lebih kurang 2-3 buah model tersebut boleh ditemui dalam keadaan direstorasi sepenuhnya. Model-model rare lain termasuk Toyota Levin KE25/TE27 ‘mango’, Toyota Celica generasi pertama, Toyota Sports 800 UP15, Mitsubishi GTO, Mazda RX3 Savanna dan pelbagai lagi hadir keacara ini dalam keadaan terbaik.

Menurut pihak RH sendiri, sejumlah 618 buah kereta telah berdaftar untuk Retro Havoc 2018. Kesemua mereka yang memenuhkan ruang parkir di aras 2 dan aras 3 depot BRT ini bukan sahaja dari seluruh semenanjung Malaysia, malah 15 buah daripadanya adalah dari Thailand dan 28 buah lagi dari Singapura – kesemua kereta lama berkenaan hadir ke acara ini dengan dipandu melalui jalan darat.

Sama seperti penganjuran sebelum ini, RH terus menjemput ikon-ikon dunia modifikasi kereta antarabangsa untuk hadir ke Malaysia dan menyaksikan budaya automotif dalam negara. Tahun ini, Daijiro Inada (pengasas majalah Option, Jepun), Shoji Inoue (Starroad, Jepun), Lulut Retro (Kustomfest, Indonesia), Yuji Miyazaki (Stancenation,Jepun) dan juga wakil dari SpeedHunters iaitu Ron Celestine hadir ke RH2018.

Retro Havoc juga masih memberikan anugerah untuk kereta-kereta terbaik yang hadir ke acara berkenaan. Tahun ini, anugerah-anugerah berkenaan dipecahkan kepada 20 kategori termasuk Best JDM, Best Euro, berberapa anugerah khas pilihan jemputan antarabangsa. Anugerah tertinggi ‘King of Retro Havoc’ tahun ini pula dimenangi oleh Mazda RX-7 Savanna SA22 yang direstorasi dan ditala oleh pakar rotary tempatan, RPS Motorsport.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required