Petronas beri sumbangan RM50k kepada lima rumah kebajikan, hasil daripada kutipan jualan Iftar@Mesra

Petronas beri sumbangan RM50k kepada lima rumah kebajikan, hasil daripada kutipan jualan Iftar@Mesra

Sempena Ramadan dan juga musim perayaan Aidilfitri tak lama lagi, Petronas Dagangan Berhad (PDB) menyumbang sejumlah RM50,000 kepada lima organisasi dan badan kebajikan untuk membantu meringankan beban mereka.

Lima organisasi yang dimaksudkan ialah Rumah Kasih Harmoni, Rumah Kebajikan Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah, Rumah Titian Kaseh, Rumah Amal Limpahan Kasih dan Persatuan Orang Buta Malaysia.

Lebih menarik, sebahagian daripada jumlah berkenaan adalah hasil dari kutipan jualan pek berbuka puasa Iftar@Mesra yang dijual sepanjag bulan Ramadan ini di semua kedai Mesra Petronas. RM0.50 dari setiap pek yang dijual pada harga RM5 ringgit itu disalurkan untuk tujuan berkenaan.

Petronas beri sumbangan RM50k kepada lima rumah kebajikan, hasil daripada kutipan jualan Iftar@Mesra

Pek Iftar@Mesra mengandungi sebotol air mineral, sebungkus kurma dan juga coklat Sneakers. Setiap badan kebajikan yang diraikan itu akan memperoleh sebanyak RM10,000, dan akan dimanfaatkan bagi 450 kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang diselia oleh semua badan-badan kebajikan berkenaan.

Pek Iftar@Mesra masih boleh didapati sehingga 16 Jun ini. Bagi kombo makanan sarapan pagi selepas bulan Ramadan pula, Petronas turut akan menawarkan pek Mornings@Mesra yang terdiri daripada tiga pilihan kombo.

Ini termasuk hidangan nasi lemak, mihun goreng, mee goreng serta kuih-muih yang turut disertakan dengan antaranya minuman dalam tin Nescafe dan Milo. Pek untuk kanak-kanak juga ada disediakan, dengan harga serendah RM3.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required