Proton mahu menunjukkan kehebatan kecekapan bahan api kenderaan mereka melalui penganjuran pertandingan 1-Tank Adventure, yang memerlukan pemilik pergi sejauh mungkin dengan isian satu tangki penuh. Lima pusingan awal akan dilakukan dari 17 Julai hingga 1 Ogos, iaitu di Pantai Timur, Tengah, Utara, Selatan serta Sabah. Pemenang setiap pusingan kemudiannya akan bertanding dalam pusingan akhir pada 4 dan 5 Ogos nanti.
Pengeluar kenderaan tempatan ini juga menjanjikan pelbagai pengembaraan sepanjang perjalanan seperti penerokaan budaya setempat, makanan serta pemandangan yang bersejarah, dan penyertaan media serta selebriti. Pemenang akan dapat membawa pulang hadiah bernilai lebih daripada RM100,000. Kereta yang layak untuk menyertai pertandingan ini adalah Saga 1.3 CVT September 2016 ke atas, Iriz 1.3 CVT September 2014 ke atas dan Persona 1.6 CVT Ogos 2016 ke atas.
Untuk menyertai pertandingan ini, anda perlu memuat naik gambar kenderaan anda ke laman Facebook atau Instagram dengan tajuk “I want to participate!” dan letakkan tag @ProtonCarsOfficial (Facebook) atau @ProtonCars (Instagram). Anda juga perlu meletakkan tag model yang anda mahu sertai serta kawasan untuk pusingan awal. Apabila sudah, hantarkan screenshot status anda itu ke [email protected] bersama perincian diri anda.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12:00 pm 10 Julai. Anda boleh melihat informasi lanjut, terma serta syarat untuk pertandingan ini di laman rasmi Facebook Proton.



Proton X90
dari RM106,800
Proton S70
dari RM73,800
Proton eMas 7 PHEV
dari RM109,800
Proton X70
dari RM106,800
Proton Saga
dari RM38,990
Proton eMas 5
dari RM59,800
Proton X50
dari RM89,800
Proton eMas 7
dari RM103,800