Data jualan kenderaan bulan Jun 2018 ikut jenama – Lexus +3,166%, Volkswagen +677%, Toyota +466%

Data jualan kenderaan bulan Jun 2018 ikut jenama – Lexus +3,166%, Volkswagen +677%, Toyota +466%

Jumlah jualan kenderaan bulan lalu melonjak naik banyak, berbanding bulan Mei apabila kerajaan memutuskan kadar cukai GST ditetapkan kepada kosong, sebelum SST pula diperkenalkan semula. Peluang ini digunakan sebaik mungkin untuk pengguna yang sememangnya mensasarkan pembelian kenderaan.

Selain daripada ‘cuti cukai’ ini, terdapat juga pelbagai promosi yang dilakukan bersempena musim Hari Raya, dan ini menyumbang kepada jumlah sebanyak 64,502 unit berjaya didaftar pada bulan Jun 2018. Ini bersamaan peningkatan sebanyak 50% berbanding 42,983 pada bulan Mei. Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), ini adalah kali pertama jumlah jualan berjaya melebihi tahap 60,000 unit sebulan.

Seperti yang anda boleh lihat dalam jadual di bawah, hampir semua jenama kenderaan penumpang mencatatkan peningkatan jualan, kecuali Perodua (yang duduk di atas sekali) yang menunjukkan penurunan sebanyak 10.8%. Honda contohnya mencatat peningkatan jualan 41.9%, Proton +50.9% dan Nissan +47.6%.

Ada juga jenama yang mencatat jumlah lebih mengejutkan, seperti Volkswagen 676.8% dan Renault +1,100%. Jenama lain yang mencatatkan peningkatan positif adalah Toyota dengan 466.5%, Mitsubishi 380.6%, Subaru 436.8%, Mazda 145.8% dan Hyundai 258.7%.

Prestasi yang ditunjukkan oleh Toyota membuktikan ia telah berjaya mengatasi Honda untuk jumlah jualan pada bulan lepas, tetapi mereka masih tertinggal jauh dalam jumlah jualan keseluruhan tahun ini. Dari awal tahun hingga Jun 2018, Toyota cuma mencatat 31,709 unit manakala Honda 51,354 unit. Jualan kenderaan premium juga meningkat – Mercedes-Benz berjaya mencatat tambahan jualan 141.2% dan BMW naik 155.6%.

Data jualan kenderaan bulan Jun 2018 ikut jenama – Lexus +3,166%, Volkswagen +677%, Toyota +466%

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required