Hyundai-Sime Darby mengumumkan, bagi pembeli yang membuat tempahan bagi model Hyundai IONIQ dan Tucson (untuk varian Turbo dan Elegance) sebelum 31 Ogos 2018 tidak perlu risau terhadap perbezaan harga yang mungkin terjadi selepas pelaksanaan SST September nanti.
Ini kerana, walaupun kenderaan mereka diserahkan selepas 1 September, harga jualan dengan kadar sifar GST yang diberikan sepanjang tempoh “cuti cukai” itu akan kekal bagi kenderaan-kenderaan yang sudah ditempah sebelumnya. Ini jaminan yang diberikan oleh pengedar Hyundai itu, tertakluk kepada stok dan tempoh masa terhad sahaja.
“Hyundai menyaksikan peningkatan jualan sepanjang tempoh kadar GST sifar berlangsung setakat ini. Oleh itu, stok bagi IONIQ dan Tucson juga semakin menyusut dan kami memerlukan lebih masa untuk menambah stok berkenaan. Maka, HSDM akan menyerap SST bagi tempahan yang dibuat sebelum 31 Ogos 2018, walaupun kenderaan diserahkan selepas 1 September nanti,” jelas Pengarah Urusan HSDM, Dennis Ho.
Harga** semasa bagi model dan varian berkaitan adalah seperti berikut:
• IONIQ Hybrid HEV – RM94,788
• IONIQ Hybrid HEV Plus – RM109,988
• Tucson Elegance – RM119,188
• Tucson Turbo – RM137,488
**Harga untuk Semenanjung Malaysia, tidak termasuk insurans.
HSDM menawarkan jaminan lima-tahun atau 300,000 km bagi semua kenderaan penumpangnya. Sebagai tambahan, IONIQ turut hadir dengan 60,000 km servis percuma sementara Tucson layak untuk 50,000 km servis percuma, sah untuk tiga tahun bagi kedua-duanya.


Hyundai Ioniq 5 N
dari RM443,888
Hyundai Ioniq 6 N
dari RM449,888
Hyundai Santa Fe
dari RM225,000
Hyundai Tucson
dari RM143,888
Hyundai Staria
dari RM179,888