Kenstomoto Valkyrie libat binaan khas sepenuhnya, dibentuk untuk menyerupai robot pahlawan Gundam

Kenstomoto Valkyrie libat binaan khas sepenuhnya, dibentuk untuk menyerupai robot pahlawan Gundam

Selepas 10 bulan bekerja keras, Kenny Yeoh dari Kenstomoto kini kembali dengan Kenstomoto Valkyrie, sebuah motosikal kustom yang duduk rendah dan panjang, dibina untuk menghasilkan gambaran seperti mesin daripada komik manga dan anime Jepun. Ia telah ditunjukkan awal kepada Paultan.org dan akan berada di acara Art of Speed di MAEPS, Serdang sebagai salah satu peserta pertandingan Invitational Bike Build-off 2018.

Berbeza dengan jentera Kenstomoto sebelum ini, Valkyrie adalah model pertama yang dibina secara khas sepenuhnya, di mana kerangka serta sistem pergerakannya juga adalah unik untuknya sahaja. Valkyrie datang dengan lengan ayun satu belah, tayar belakang 240/45R17 dan rim besi tujuh skru selebar sembilan inci. Enjin pula diambil daripada Kawasaki ER-6n 2012 dan diletakkan pada kerangka yang dibuat baru.

Ekzos untuk motosikal ini adalah unit terus tanpa peredam bunyi, dan ia keluar serong di bahagian hadapan. Kami boleh mengatakan, dengan bentuk sebegini, bunyinya memang kuat. Pada bahagian kokpit, Valkyrie boleh dihidupkan menggunakan butang elektronik dan panel instrumen serta suisnya adalah daripada jenama Daytona Bologna 80 dari Jepun.

Konsep kedudukan rendah dibawa ke tahap ekstrem melalui motosikal ini, di mana jarak kelegaannya dari tanah cuma 70 mm sahaja. Perkara lain yang terus akan menarik perhatian adalah bentuk panjangnya, iaitu 2.89 meter. Walaupun dengan banyak ubah suai ini, berat Valkyrie cuma sekitar 200 kg.

Cara mengendalikan motosikal ini juga adalah unik. Biasanya, motosikal yang menggunakan lengan ayun tunggal pada bahagian hadapan akan mempunyai stereng dengan hab di tengah, tetapi Valkyrie pula menggunakan sistem yang dikawal oleh kabel. Menurut Yeoh, ini dilakukan bagi menjadikan ia ringkas, tetapi rake motosikal akan berubah apabila membelok.

“Valkyrie adalah satu motosikal kustom untuk pameran, jadi saya tidak begitu risau tentang praktikaliti atau pengendalian buat masa ini. Tapi nanti, versi seterusnya bagi Valkyrie ini mungkin akan menggunakan sistem parallel linkage untuk mengelakkan bump steer,” kata Yeoh.

Kenstomoto Valkyrie libat binaan khas sepenuhnya, dibentuk untuk menyerupai robot pahlawan Gundam

Untuk memberhentikan motosikal, unit brek buatan khas Arlen Ness dengan cakera terapung 380 mm serta angkup empat piston yang diambil daripada BMW S1000R digunakan pada bahagian hadapan, manakala di belakang pula menggunakan cakera 220 mm yang dipasang pada hab tunggal Ducati 916 dan tiada suspensi (rigid).

Seperti yang dikatakan awal tadi, Valkyrie digayakan supaya menjadi seperti sebuah robot pahlawan anime Jepun, atau lebih tepat, daripada siri Gundam. Bentuk badan akhirnya disudahi dengan warna Matte Candy Red bersama kemasan Titanium, manakala bahagian rim 21 incinya diletakkan dengan logo kenstomoto serta ’09’ yang melambangkan nombor skuad.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required