Porsche Macan facelift 2018 – gaya, ciri dipertingkat

Porsche Macan <em>facelift</em> 2018 – gaya, ciri dipertingkat

Setelah menunjukkan teaser ia diuji di Afrika untuk membuktikan kemampuannya, Porsche akhirnya menunjukkan secara rasmi Macan 2018 di Shanghai, China, dan ini merupakan model facelift pertama sejak ia mula diperkenalkan kepada pasaran tahun 2014 yang lalu.

Bermula dengan bahagian luar, Macan facelift ini diberikan perubahan pada bahagian lampu, di mana lampu utamanya kini menggunakan rekaan tiga dimensi dan sistem LED, manakala lampu belakang juga dipertingkat dengan unit yang kini menggunakan jalur LED tiga dimensi serta unit utama LED. Turut diubah adalah bampar depan dan belakang.

Pakej kuasa yang digunakan untuk model ini masih tidak diberitahu secara terperinci tetapi varian Macan Turbo dijangka akan diubah daripada menggunakan enjin V6 3.6 liter turbo kepada V6 2.9 liter biturbo yang kini turut digunakan pada model Panamera 4S dan Cayenne 4S. Jumlah kuasa juga dijangka hampir sama seperti model tersebut iaitu sekitar 440 hp dan 550 Nm (Panamera).

Pilihan rim pula terdiri daripada unit 20 inci ataupun 21 inci, dengan beberapa rekaan serta saiz atau lebar yang berlainan antara bahagian belakang dan hadapan. Ini sekaligus dapat memberikan manfaat penuh untuk tetapan pacuan semua roda Porsche Traction Management (PTM), dan menurut Porsche, bahagian casis juga telah ditala lebih rapi untuk meningkatkan ciri neutral sambil mengekalkan stabiliti dan meningkatkan keselesaan.

Di dalam, Porsche Macan facelift ini menerima sistem Porsche Communication Management, yang menyaksikan panel paparan pada konsol tengah menjadi lebih besar daripada tujuh ke 11 inci. Paparannya juga boleh diubah suai dalam beberapa tetapan seperti pada Panamera dan Cayenne, dan corong pendingin hawa turut direka semula dan diletakkan di bawah skrin sesentuh.

Porsche Macan <em>facelift</em> 2018 – gaya, ciri dipertingkat

Macan baru ini juga dipasang dengan modul Connect Plus, yang menjadikan keseluruhan kenderaan berada dalam rangkaian penuh secara standard. Maksud kepada ini adalah pelbagai fungsi digital seperti kawalan suara pintar dan infromasi trafik langsung – yang merupakan sebahagian daripada sistem navigasi standard – dapat digunakan secara terus. Aplikasi Offroad Precision pula dapat merekodkan data pemanduan off-road Macan ini.

Untuk sistem keselamatan, Porsche Macan facelift kini dilengkapi dengan Traffic Jam Assist, yang dapat membantu mengawal kenderaan sehingga kelajuan 60 km/j dalam keadaan trafik sesak, dan bekerja bersama dengan sistem bantuan pemandu yang lain.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required