Mercedes-Benz CLS baharu telah dikesan di Malaysia oleh pembaca Fakhrul Amirul, dan kereta yang dilihat menerusi foto ini adalah model AMG. Pada Januari lalu, Mercedes-AMG CLS 53 telah diumumkan sebagai sebahagian daripada 53-series baharu bersama E53 Coupe dan Cabriolet, hadir selepas coupe empat-pinti generasi ketiga yang diperkenalkan pada November 2017.

CLS baharu ini kelihatan cukup bergaya dengan gaya yang lebih menarik berbanding model terdahulu. Ia nampak seperti MK1, tetapi dengan reka bentuk Mers terkini dengan shark nose. Malahan didatangkan gril radiator bilah berkembar yang dulunya untuk model AMG (gril kepingan-tunggal untuk 43) yang menyerlahkan lagi imej hadapannya.

Lencana Turbo 4Matic+ yang ditempatkan di wing hadapan dan empat corong ekzos (dua bagi setiap sisi) turut menyerlahkan gaya CLS 53 baharu ini. Selain itu, nampaknya ia turut menampilkan roda aloi lima-jejari AMG 20-inci dan kemasan matte.

CLS 53 dijanakan oleh enjin 3.0 liter mild-hybrid turbo-berkembar enam-silinder sebaris (AMG 43 menggunakan V6) mampu menghamburkan 435 hp dan tork 520 Nm, dan dipadankan bersama EQ Boost starter-alternator dengan 22 hp dan tork 250 Nm. Selain dipadankan dengan AMG Speedshift TCT 9G automatik sembilan-kelajuan dan pacuan semua roda 4Matic+. Bagi pacuan 0-100 km/j, ia mampu dicapai dalam tempoh 4.5 saat. Manakala kelajuan tertinggi dengan pengehad elektronik pula mencapai 250 km/j, tetapi dengan AMG Driver’s Package ia memberikan lagi tambahan 20 km/j.

GALERI: Mercedes-AMG CLS 53 4Matic+