Kerajaan sedang melihat kemungkinan bina jalan alternatif di Sarawak tanpa melalui Brunei – Baru Bian

Kerajaan sedang melihat kemungkinan bina jalan alternatif di Sarawak tanpa melalui Brunei – Baru Bian

Memahami keperluan infrastruktur yang sempurna bagi kemudahan rakyat termasuklah di Malaysia Timur, Kerajaan sedang melihat kemungkinan membina jalan raya alternatif di Sarawak tanpa melalui Brunei.

Menurut Menteri Kerja Rara, Baru Bian, satu pilihan yang sedang difikirkan ialah menggunakan Jalan Marudi ke Lawas kerana cadangan laluan itu boleh dilencongkan tanpa perlu melalui Brunei, laporan Bernama.

“Saya berharap kerajaan sekarang faham dan akan bersetuju dengan rancangan ini untuk lima tahun akan datang,” katanya kepada pemberita semalam.

Katanya, cadangan itu kali pertama dibangkitkan beliau sendiri semasa sesi penggulungan bahas untuk Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat baru-baru ini dan akan disusuli tidak lama lagi kerana rancangan ini akan membawa manfaat kepada penduduk di kawasan pedalaman seperti Baram, Limbang dan Lawas.

Kerajaan sedang melihat kemungkinan bina jalan alternatif di Sarawak tanpa melalui Brunei – Baru Bian

Walau bagaimana pun, pada masa ini pengguna jalan hanya mempunyai satu pilihan melalui jalan darat dari Miri ke Limbang atau sebaliknya dengan menyeberangi sempadan Brunei yang merupakan sebahagian daripada fasa kedua Lebuhraya Pan Borneo.

Beliau turut menambah, antara masalah yang dihadapi oleh pengguna jalan raya dari Malaysia ialah undang-undang ketat yang dikenakan oleh negara jiran seperti cermin gelap pada kenderaan.

Sebelum ini, Anggota Parlimen Limbang Hasbi Habibollah pernah menyuarakan isu ini pada tahun lepas dan mahukan Kerajaan Persekutuan melakukan sesuatu selepas ramai pengguna jalan raya di Malaysia dikenakan saman kerana cermin gelap terutamanya mereka yang sering ke Limbang dan Brunei.

Hasbi mencadangkan isu itu dibincangkan antara Kerajaan Malaysia dan Brunei kerana ada pemilik kenderaan terpaksa mengeluarkan RM180 untuk membayar saman kepada agensi penguatkuasaan Brunei walaupun dalam kes tertentu, cermin gelap itu memang dipasang oleh pengeluar kenderaan.

Selain daripada undang-undang lalu lintas yang ketat, pengguna jalan raya dari Sabah dan Sarawak perlu melalui lapan tempat pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin jika mereka memandu dari Sarawak ke Sabah menerusi Brunei.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required