Proton lancar pusat 4S cawangan Jalan Kebun, Klang

Proton lancar pusat 4S cawangan Jalan Kebun, Klang

Proton telah melancarkan satu lagi pusat 4S yang dinaiktaraf mengikut standard dan piawaian terkini, kali ini giliran cawangan Jalan Kebun, Klang pula. Pusat 4S yang dikendalikan oleh Vantage Speed Sdn Bhd ini telah dirasmikan oleh CEO Proton, Dr Li Chunrong, semalam.

Vantage Speed telah beroperasi sebagai pengedar Proton sejak 2009 dan mengendalikan cawangan 1S dan 2S di lokasi berasingan. Walau bagaimanapun, demi memenuhi keperluan dari Proton yang bertujuan untuk memberikan kemudahan lebih baik kepada pelanggan sebagai pusat sehenti, Vantage Speed bersetuju untuk membuat pelaburan dalam perniagaannya itu sebagai sebuah pusat 4S.

Cawangan 2S yang pada asalnya milik Magnavision Sdn Bhd ditutup dan seluruh kawasan tersebut diubah suai menjadi pusat 4S yang baharu. Bagi cawangan 1S miliknya di Setia Alam pula dikekalkan bertujuan untuk terus memberi kemudahan kepada pelanggan sedia ada di sana.

Dengan kawasan seluas 2,418 meter persegi, cawangan ini dilengkapi dengan 14 petak servis, 10 ruangan ketuk dan cat serta ruangan yang memuatkan sehingga 10 kenderaan di ruang pameran. Pelanggan turut selesa dengan ruangan tempat duduk yang luas, di mana boleh memuatkan 80 tempat duduk untuk mereka Selain itu, ia turut menyediakan ruangan minuman, ruangan kanak-kanak, WIFI percuma dan kawasan istirahat pelanggan yang selesa untuk mereka berehat sambil menunggu kereta mereka diservis.

Dato’ Sri Tee Boon Kee, Pengarah Vantage Speed berkata, “Saya harus menekankan bahawa, selain terletak di lokasi yang strategik, kami juga mempunyai pasukan yang berkemahiran untuk mengendalikan cawangan ini, dari jualan sehinggalah ke servis. Terdapat kakitangan khusus untuk memastikan pelanggan mendapat pengalaman yang baik dan menyeronokkan sepanjang mereka berurusan dengan kami untuk keperluan pembelian dan servis.

“Oleh itu, kami yakin kami sedang bergerak seiring di bawah pelan PROTON ke arah kecemerlangan dalam servis, jualan dan pertumbuhan perniagaan. Bagi kami, kami menjangkakan peningkatan jualan dan servis lebih daripada 50%”.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required