Keputusan sama ada untuk meneruskan pembinaan fasa tiga Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang menghubungkan Kuala Terengganu ke Pangkalan Kubur di Kelantan akan dibuat tidak lama lagi, dan keputusan berkenaan akan diumumkan di dalam pembentangan belanjawan 2019 November nanti, lapor Bernama.
Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir, kerajaan akan menilai sama ada pembinaan lebuhraya sepanjang 147 km yang dicadangkan dalam Rancangan Malaysia ke-11 pada tahun 2015 lalu boleh dilaksanakan atau tidak, bergantung kepada keadaan kewangan semasa negara ketika ini.
“Kerajaan sebelum ini telah menunda projek ini. Bagi pihak kerajaan PH ketika ini pula, kami akan menilai sama ada apa yang kerajaan terdahulu tidak lunaskan boleh dilaksanakan kini atau sebaliknya,” jelas beliau, menjawab satu soalan di Dewan Rakyat.
“Memang bukan mudah. Kami perlu lihat dulu kemampuan kewangan negara ketika ini, dan ia bukanlah keputusan kementerian semata-mata. Kami juga perlu dapatkan pandangan ahli kabinet dan kementerian lain,” tambah beliau.
Selain itu, soalan daripada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dari PAS berkaitan sama ada kerajaan ada perancangan untuk hapuskan tol yang menyebabkan kesesakan, seperti di Karak dan Bentong. Anuar menjelaskan, kerajaan memberikan perhatian terhadap perkara itu. “Kami ambil maklum dan kerajaan dalam usaha untuk mengenal pasti struktur penghapusan tol seperti yang saya nyatakan sebelum ini. Ia akan dilakukan bila keadaan mengizinkan,” jelas beliau.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.


Projek kemudahan awam, teruskan sahaja LPT3, tak perlu ditunda².. Pastikan LPT3 dikecualikan toll / tanpa toll seperti janji pakatan harapan.. Sebagaimana lebuhraya pan Borneo Tanpa toll projek BN..