Pengeluaran Perodua Myvi terganggu akibat masalah bekalan – 3,000 tidak dapat didaftarkan sebelum 1 Sept

Pengeluaran Perodua Myvi terganggu akibat masalah bekalan – 3,000 tidak dapat didaftarkan sebelum 1 Sept

Perodua telah memaklumkan pengeluaran model paling larisnya, Myvi baharu, terpaksa diberhentikan buat sementara waktu berikutan gangguan bekalan pada salah satu vendornya. Hal ini sekaligus mengakibatkan kira-kira 3,000 pelanggan tidak dapat mendaftarkan Myvi baharu mereka sebelum akhir bulan Ogos ini.

“Kami ingin memohon maaf kepada para pelanggan kami yang telah sabar menunggu kenderaan baharu mereka. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu ini dan sedang mengambil semua langkah yang diperlukan untuk memastikan pengeluaran bermula semula secepat mungkin,” ujar Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr Zahari Husin.

Katanya lagi, keutamaan kini adalah untuk menyerahkan Perodua Myvi baharu kepada kira-kira 3,000 pelanggan yang pada asalnya dijadualkan menerima kenderaan mereka sebelum 1hb September.

“Kami amat memahami dan prihatin terhadap kekecewaan pelanggan kami yang terlibat. Oleh itu, kami sedang berusaha untuk memberikan pampasan yang sesuai dan akan menghubungi para pelanggan kami menerusi cawangan-cawangan kami di seluruh Malaysia tidak lama lagi,” ujarnya lagi.

Pengeluaran Perodua Myvi terganggu akibat masalah bekalan – 3,000 tidak dapat didaftarkan sebelum 1 Sept

Terdapat peningkatan dari segi permintaan terhadap kenderaan sejak kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkuatkuasa 1 Jun lalu, lebih awal daripada pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September ini.

Setakat ini, lebih daripada 68,000 Perodua Myvi telah diserahkan kepada pemiliknya daripada lebih 120,000 tempahan yang diterima sejak pelancarannya pada November 2017, menjadikan ia produk terlaris Perodua dari segi jualan untuk sepanjang tahun setakat ini.

“Kami sedang berusaha keras untuk mengatasi gangguan bekalan ini dan memulakan semula pengeluaran Myvi secepat mungkin. Malah kami juga menyarankan agar para pelanggan segera berhubung dengan penasihat jualan kami yang sah bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai model kami serta anggaran masa penghantaran Myvi mereka,” ujar Zahari lagi sambil mengesahkan pengeluaran dan penghantaran model lain seperti Axia, Bezza dan Alza masih terus berjalan seperti yang dijadualkan.

Perodua telah menjual kira-kira 140,000 kenderaan antara Januari dan Julai tahun ini, dengan peningkatan hampir 19% berbanding 118,600 yang dijual pada tempoh yang sama sebelumnya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Kipas angin on Aug 21, 2018 at 7:21 am

    Nak tunggu sst lah tu

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 2
  • Mmg masalah bro…

    Perodua x goyang ler takat sst. Lgi elok dpt deliver bnyk.
    igt gula ke main simpan2 tggu cukai.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • zulmz on Sep 19, 2018 at 10:30 am

    khabarnya kerosakan dashboard myvi baru lambatkan penghantaran pada pembeli,betulke?order august khabarnya end dec mungkin dapat…lambatnya..apa tindakan perodua?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • azlina on Mar 21, 2019 at 9:50 am

    saya order akhir bulan Januari 2019 tapi malangnya sehingga sekarang masih belum dapat kereta..Apakah tindakan PERODUA??Apakah pula punca kelewatan ini??mohon tindakan segera..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required