Kerajaan teliti mekanisme subsidi petrol secara bersasar, kenalpasti golongan yang layak – KPDNHEP

Kerajaan teliti mekanisme subsidi petrol secara bersasar, kenalpasti golongan yang layak – KPDNHEP

Buat masa ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Kewangan sedang berbincang dalam mencari mekanisme pelaksanaan subsidi petrol secara bersasar.

Menurut Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, perbincangan itu termasuk mengenal pasti implikasi kewangan selain sistem digunakan dalam pelaksanaannya, laporan Berita Harian.

“Subsidi membabitkan implikasi kewangan, jadi kita perlu tahu dengan tepat. Pertama ialah kumpulan sasaran yang sebenar-benar layak. Jika mereka layak dapat, jadi berasaskan apa, contohnya dari segi paras pendapatan atau jenis kenderaan. Kalau satu keluarga ada dua atau tiga kenderaan, berapa yang layak,” katanya kepada pemberita semalam.

Kerajaan teliti mekanisme subsidi petrol secara bersasar, kenalpasti golongan yang layak – KPDNHEP

Tambahnya lagi, perbincangan dengan syarikat pengeluar dan pengusaha stesen minyak juga perlu diadakan berhubung pelaksanaan subsidi petrol secara bersasar.

“Ini kerana apabila keputusan kerajaan bersetuju untuk melaksanakannya, apakah sistem sedia ada memadai atau boleh sesuaikan dengan cadangan perubahan atau pelaksanaan yang berkaitan. Stesen minyak juga bukan semuanya menyediakan perkhidmatan penuh dan jika di kawasan pedalaman, yang banyak ialah stesen mini. Apakah sistem pembayaran mereka mampu untuk sesuaikan dengan cadangan itu nanti,” katanya.

Selain itu, perbincangan dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng juga akan diadakan.

“Kami berharap boleh merangka satu proses mekanisme pelaksanaannya selepas meninjau beberapa aspek yang sangat penting,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Sell your car, get paid in 24 hours

Renew your car insurance with us, 10% discount!

Use the promo code 'PAULTAN' when you checkout for 10% discount!

Renew Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required